Chapter : 38

1.7K 130 7
                                    

38

🌼🌼🌼

Quardruple Date

🌼🌼🌼🌼🌼






         "Tepat jam 8 malam nanti dia akan keluar, jadi arahkan setiap kumpulan untuk berpecah dan serbu tempat-tempat tu pada masa yang sama."

          " Macam mana dengan target kita?Siapa yang akan awasi dia?"

           "Saya ada seseorang yang digunakan untuk alihkan perhatian Hayden untuk sementara waktu, jadi tuan lakukan seperti mana yang di rencanakan.."

             "Kalau begitu baiklah. Pastikan tiada siapa yang mencurigai kamu...utamakan keselamatan."

             "Oh ya...kalau boleh musnahkan terus tempat tu serta merta tanpa meninggalkan sebarang jejak dan kesan. Nanti dia orang tahu pulak. Kalau nak bunuh. bagi mati terus jangan seksa. Kalau nak tangkap, tangkap semuanya. Jangan bagi yang terlepas. Nanti mereka akan balas dendam."

               "Okay. Terima kasih untuk maklumatnya."

                 "Goodluck!"




Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.

Ingatkan tak jadi. Rupanya..

          "Asal dia orang ada sekali?"tanya Gabby semasa memandang Izack yang handsome mengenakan kot labuh dan turtle neck warna hitam. Lalu ke Hardin yang lebih kurang boleh tahan penampilannya. Gaya boyfriend look yang dikenakan oleh lelaki itu buatkan lelaki tu nampak mesra.

           "Kenapa kau ada sekali pulak ni?"soal Noah semasa pandang Tania di sebelah Rossie.

            Tania pandang ke Rossie. "Kau cakap kau dengan Hayden je?Asal mamat sengal ni ada sekali?"

Noah mencekak pinggang kerana jengkel dengan komen tu.

            "Siapa yang sengal sekarang ni?" tanya dia pada Tania.

Tania balas dengan jelingan tak sukanya.

             Rossie waktu itu sedang memandang Hayden. Lelaki itu sedang menatap dia seakan boleh tembus menerusi tengkoraknya terus. "Saya tak tahu pulak awak akan ajak mereka semua"

              "Dan aku tak tahu pulak kau akan ajak dia orang sekali.."kerling Hayden ke rakan-rakan Rossie. "Masih takut lagi nak berduaan dengan saya ke?"

               Terkedu Rossie dekat situ.Bingung-bingung dia pandang sekelilingnya. "Sorry."ucapnya.

               Gina buat muka. Dia pandang Hayden. "Kami sebagai bodyguard dia...ada masalah ke?"

               "Sama la dengan kita orang kalau macam tu..."sampuk Hardin.

Noah curi-curi kerling ke Rossie sebelum menjuling mata menyampah.Asal la Rossie ni ajak kawan-kawannya sekali!Dah la dia anti pada Tania. Iya-ya hari tu kata suruh jauhkan diri. Kemudian munculkan diri depan mata dia setiap masa! Cakap tak serupa bikin.

               "Dah la...alang-alang dah ada dekat sini kita gerak terus...ke nak berdiri dekat sini sepanjang malam."ajunya.

Izack pandang ke sekeliling kawasan fun fair tempat mereka keluar malam tu. Ramai orang dan pengunjung di situ. DI selangi dengan suara jeritan orang naik roller coaster dan Viking sayup kedengaran di situ. Gerai-gerai makanan dan booth arked meriah dengan lampu terang dan kerlipannya.

                "Siapa punya idea untuk ke sini?Lama tak datang sini?"tanya dia dengan tangan di seluk ke dalam poket kotnya.

Hardin dalam diam perhatikan Rossie yang kelihatan gelabah sendiri. Obvious sangat!

               Rossie palingkan kepala ke Izack bila dengar orang tu bertanya. "Saya."katanya.

                "Oh really?Hahah...tapi sayang Hayden tak suka permainan macam Budak-Budak ni..kan"Izack dengan pantas menoleh ke Rossie sebelum mengerling ke Hayden saat berkata.

                Untuk seketika Rossie agak taken aback dengan kenyataan itu. Ya ke?Mana dia tahu yang Hayden tak reti dengan semua ni. "Nak saya tukar avenue kita ke?"tanya dia teragak-agak.

                Hayden mengetik lidahnya. Dia hulur tangan lantas menarik Rossie ke dalam rangkulannya. "It's okay..banyak lagi perkara boleh buat dekat sini...jom la kita gerak."ajaknya setelah memeluk bahu itu. Membawa Rossie rapat ke tepi badannya.

                Terkebil-kebil mata Rossie bila tangan besar Hayden hinggap di bahunya dan mencengkam kuat bahu dia. "Umm...perlu ke?"tanya dia semasa dongak memandang ke tepi muka Hayden semasa berjalan melintasi gerai-gerai di situ. Menuju ke suatu lokasi yang tidak pasti.

                Kepala Hayden pun berpaling, Dia tunduk  memandang Rossie tersenyum nipis. "Mesti la...nanti hilang macam mana..."katanya dengan perlahan.

What the heck!

                 Kalau boleh, lama dah asap keluar dari kedua-dua telinga dia waktu itu. Bapak ah! Asal Hayden nampak handsome bila cakap macam tu pada dia!Panas berderau muka dan telinga dia waktu tu. "Ingat saya budak kecik lagi ke sampai awak perlu risau?"cebiknya sedaya upaya hendak kawal diri untuk tidak tersengih macam kerang busuk dekat situ.

               "Bukan sebab kau budak kecik...tapi sebab kau teman wanita aku. Itu yang aku risau.."jelas Hayden sambil pandang Rossie penuh dengan kasih sayang.

Semakin tersipu malu Rossie di buatnya. Dan buatkan dia meragui Hayden ini adalah orang jahat! Semakin dia mengenali Hayden, semakin tergamit hati dia pada lelaki ni.

Disaat dua orang itu berborak, mereka yang berjalan di belakang buat hal masing-masing. Gabby dan Gina dengan borak santai saat melihat sekeliling gerai. Tania pula grumpy dengan tangan bersilang di dada kerana pandang geram ke Noah kerana lelaki tu hanya semakin hari semakin menyakitkan hati pada dia!

Tiga lagi lelaki di situ perhatikan sekeliling mereka dan berborak sekejap-sekejap mengenai sesuatu. Dalam masa yang sama, seorang dari mereka sempat kerling ke belakang kepala Rossie. Perhatikan gadis itu dengan senyap.

Akhirnya mereka semua ikuti segala idea Rossie pada malam itu.Pelbagai-bagai aktiviti yang mereka jalankan. Antaranya masuk ke rumah hantu, beli cekak rambut bentuk telinga binatang, menaiki kereta eletrik dan melanggar antara satu sama lain. Mengambil gambar di photo booth.

Si gadis makan si lelaki yang tolong membayarkannya untuk mereka walaupun tidak diminta.

Sampailah satu masa mereka ambil keputusan untuk cuba semua permainan yang ada di booth arked di situ.

Awalnya Hayden menentang Noah dengan permainan tukul yang perlu di pukul pada spring kecil supaya paku meter naik ke markah tertentu. Dan Noah menang. Bila giliran Hardin dan Izack. mereka dua orang masing-masing setanding, tiada siapa menang, kerana dua-dua seri.

Lalu beralih ke gerai permainan masukkan bola ping pong ke dalam cawan plastik. Yang mana dimainkan oleh Gabby dan Tania. Bersungguh-sungguh mereka main game tu, tapi Izack dan Noah kacau, konsentrasi mereka berdua sampai tidak sampai lima cawan pun yang terisi di antara 15 kali percubaan.






🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

38. Bila Sudah BenciWhere stories live. Discover now