66
🌼🌼🌼
Hayden Mikhael
🌼🌼🌼🌼🌼
Segalanya telah selesai. Noah sudah tertangkap. Izack pula menunaikan perjanjian mereka. Nasib Hardin sudah terbela. Hayden pula sudah terlepas dari bayangan dan buruan polis. "Sama ada saya atau awak..itu saja jawapannya."beritahu Rossie dengan lirih. Berat sebenarnya dia nak berjauhan dengan Hayden sebab lelaki ni sedikit banyak memberi kesan dalam hidup dia sejak ketiadaan Ryan.
"Rossie...I can't.."bisik Hayden dengan sedih dari balik leher itu. Tangannya semakin erat melingkar di sekeliling belakang badan itu.
Masa itu la tangan Rossie naik mengusap belakang kepala Hayden. Sambil tersenyum sedih, dia pun berkata. "Kalau macam tu bercinta la dengan saya sehingga kita habis belajar di sini."dia tahu bukan hak dia untuk mendesak Hayden berubah arah. Namun dia juga berharap lelaki ini akan tinggalkan semua ni. Macam mana dia nak terus Bersama dengan Hayden sekiranya lelaki ini akan sentiasa dalam bahaya! Memikirkan semua itu sudah cukup untuk buatkan dia takut!Takut untuk rasa kehilangan!
Hayden menggeleng kepala. "Please stay...I want you..Rossie.."mintanya dengan sedih sekali. Patut la Rossie baik dan rapat pada dia kebelakangan ni. Rupa-rupanya gadis ini sudah ada agendanya sendiri.
Tepi kepala itu di kucup Rossie dengan mata terpejam. Sampai ke sudah dia juga yang menyelamatkan nyawa lelaki ini. Sekali lagi!
Tiba-tiba suasana sugul itu dihantui dengan bunyi deringa telefon. Untuk seketika ia di biarkan tidak disambut, tapi apabila ia berdering seakan urgent. Hayden terpaksa juga bangunkan dirinya dari Rossie sebelum gerak ke almari sebelah katilnya dimana telefon itu berada.
Rossie bangunkan dirinya dari situ,dan duduk bersimpuh memandang belakang badan Hayden yang tidak berbaju itu dengan renungan dingin. Dia turut sama mencapai telefonnya yang ada berdekatan dengannya.
"Hello?"sapa Hayden saat tunduk meraup wajahnya hendak hilangkan rasa serabutnya saat itu.
"Tuan..ada sesuatu yang saya mahu beritahu.."maklum si pemanggil.
Kening Hayden berkerut kerana jengkel. Sudah dapat dia agak apa yang bakal didengarnya sebentar lagi. "Apa halnya?Noah buat hal lagi ke?"
"Tak tuan...tapi sebaliknya. Saya sendiri dapat tahu hal ni dari berita yang disiarkan. Katanya Noah dengan lapan orang lagi ketua mafia yang selama ni mahukan tuan mati telah di tangkap oleh Interpol dan pasukan polis...kini mereka semua termasuk konco-konco di tahan di beberapa buat tempat untuk siasatan"
"Hah?Apa kau cakap!"seru Hayden sedikit tinggi.
Sedang Hayden bercakap, Rossie gunakan peluang itu untuk memadam history chat atau call dia bersama Izack dan segala perbualannya dengan lelaki itu. Dan biarlah hal ini rahsia antara mereka berdua sahaja. Takut nanti kalau Hayden tahu pasti lelaki ini semakin sukar untuk melepaskan dia! Seperti kes dia selamatkan lelaki ni tiga tahun lepas.
Hayden palingkan kepalanya memandang Rossie di belakangnya waktu itu dengan tangan memegang telefon. "Habis tu?"tanya dia sambil pandang Rossie.
"Sekarang ni pihak polis telah membatalkan arahan penangkapan tuan. Dan paling penting tuan sekarang adalah satu-satunya orang yang berkuasa di tempat ini. Tiada orang lain...itu maknanya tuan adalah pemegang kuasa di tempat ini..."
Makluman itu buatkan Hayden terdiam seketika. Otaknya mula mengimbas permintaan Rossie kepadanya.
Dan Rossie balas renungan itu dengan wajah terkilan berserahnya. Dia dah tahu apa yang berlaku. Dan dia tahu maksud renungan itu. "Awak uruskan la hal awak. Saya keluar dulu."pamitnya semasa turun dari katil tu.
Hayden terduduk di situ dengan muka tidak terkata. Rasa bagai tak percaya dengan semua itu! Dia hanya mampu perhatikan Rossie keluar dari situ tidak dapat menghalang. "Macam mana hal ni boleh berlaku?"tanya dia pada telefon itu.
"Katanya risikan Interpol iaitu Tuan Izack yang terjah mereka semua yang kebetulan waktu itu berkumpul pada satu tempat yang sama."
"Macam mana boleh berlaku macam tu?Izack yang jumpa?"tanya Hayden dengan hairan. Hebat betul!Dia nak kesan dimana Noah bersembunyi pun jenuh!Inikan lagi semua ketua-ketua mafia tu?
"Itu la yang saya dengar dari berita...kita tak boleh berlengah. Tuan kena adakan perjumpaan sekarang kalau tidak habis berkecah semuanya nanti sebab ketua mereka semua dah ditangkap. Ini masanya kita kukuhkan kedudukan kita."
Mata Hayden mengerling semula ke pintu bilik dimana Rossie lalu tidak! Betapa devastate dia waktu itu!
Kenapa la time ni jugak!
Serabut betul!
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
YOU ARE READING
38. Bila Sudah Benci
RomanceHayden Mikhael seorang badboy tipikal yang bertatu dan mengenakan kereta mewah. Dia telah memiliki semua yang dia mahukan melalui ayahnya, ketua kepada mafia Itali. Dia menghadiri kolej dimana tempat dia menjadi 'mafia' kepada mana-mana perempuan ya...