39
🌼🌼🌼
Serangan Hendap
🌼🌼🌼🌼🌼
"Wah!Best betul la hari ni!"ucap Gina dengan tangan penuh dengan mainan free gift hasil permainan tadi.
"Yalah best orang lain main, orang lain yang dapat hadiah.."kata Hardin.
Gina menjelir lidah pada Hardin akan komen itu. Lalu dia kembali tersenyum lebar saat jalan paling hadapan sekali.
"Apa lagi ni?Ada nak ke mana-mana ke?"tanya Gabby sambil tunduk melihat jam di pergelangan tangan. "Aku ada tesis yang kena disiapkan ni.."
"Sejak bila jadi Budak bagus ni?"sindir Izack dengan renungan main-mainnya.
Gabby tidak memberi sebarang komen dia hanya menjuling mata tidak peduli.
Tania yang sedang berjalan sama dengan Rossie sambil merangkul tangan seronok ketawa akan sesuatu saat dua orang itu pegang gula-gula kapas di tangan. Seronok sangat sampai mendongak kepala ke belakang ketika ketawa.
Noah dan Hayden di belakang dua orang itu sedang berbisik dengan reaksi serius di wajah. Masing-masing pegang telefon membaca sesuatu.
"Eh...ada game pistol la."seru Rossie tiba-tiba setelah mereka lintas depan sebuah kedai arked.
"Kau mana pandai main benda ni...bazir je la."komen Tania saat pandang akan papan bidik yang sedang bergerak seperti kereta api tanpa henti di belakang kaunter. Pistol terpasak di pemegangnya pada kaunter tersebut.
"Hahah...kau kan...kalau bab mengutuk aku memang pandai.."ketawa Rossie sambil seluk tangan ke dalam poket skinny jean dia. "Tak cuba mana tahu kan..."kata dia saat hulurkan duit ke pengerai itu.
"Oh really?Okay...kalau macam tu kau bidik 40 markah, satu minggu ni aku tolong kau hantar baju ke dobi."cabar Tania dengan bersemangat.
"Deal!"angguk Rossie terus tsanpa fikir panjang.
Pada masa itu semuanya berhenti ikut berkumpul depan gerai itu apabila Rossie dan Tania masing-masing bercakap membuat taruhan.
Hayden jalan mendekat terlebih dahulu. Dia berdiri dekat situ perhatikan Rossie.
"Boleh ke tu...hari tu kau main belon air baling bukan dekat patung tapi kena dekat tukang kedainya.."seloroh Gabby.
"Jangan kau tembak penggerainya sudah eh.."tambah Gina pula.
Penggerai itu terkejut, dia membutang mata bila dengar. Khuatir dirinya akan jadi mangsa keadaan cepat-cepat dia bersembunyi di tepi tiang tempat gantungan mainan dan patung beruang di situ.
Tidak teragak-agak dan dada penuh dengan perasaan yakin, Rossie capai gagang pistol plastic itu lalu di acu ke arah papan bidik yang bergerak-gerak itu. Sebelah mata di pejam, kerana hendak focus.
Sama seperti Rossie, mereka semua dekat situ pun ikut focus pada gadis itu kerana turut ingin tahu apa keputusannya!
BANG!
BANG!
Bunyi tembakan kedengaran!
Dan ianya bukan datang dari pistol mainan itu tetapi yang sebenar!
"ARGHHH!!!!"teriak seorang wanita apabila teman lelakinya jatuh terbaring berdekatan dengan tempat dimana Hayden dan mereka semua berada.
Kejadian tersebut mencetuskan kekecohan.
Hayden tersentak, Hardin gerak menghadang Gabby dan Gina, Tania terus melekap ke Rossie. Izack sudah siap-siap mengeluarkan pistol dari balik kotnya. Noah hadang Hayden menjadi perisai rakannya itu.
"Awak!"teriak wanita yang sama saat melutut di jasad teman lelakinya itu.
BANG!
BANG!
Beberapa lagi das tembakan kedengaran.
Orang ramai mula bertempiaran lari menyelamatkan diri, ada yang menjerit ketakutan, ada yang tunduk bercangkung memegang kepala. Habis kelam kabut seluruh kawasan fun fair tersebut dengn orang berpusu-pusu ke tempat letak kereta.
Izack orang pertama yang nampak kelibat sekumpulan penyangak bersut hitam dari celah kesibukan orang di situ. Cepat-cepat dia palingkan kepala ke Hayden. "Geng dari daerah Black West datang.." maklumnya.
"Apa?Apa yang dah berlaku?"tanya Gabby dengan cemas.
"Did we gonna die?"tanya Gina sambil cengkam kuat kain di lengan Hardin ketika lelaki itu berdiri membelakangkan mereka.
"Kenapa dia orang ada dekat sini?"tanya Hardin dengan hairan.
Noah dan Hayden yang sudah tahu apa yang berlaku sejak mereka di situ, berkerut kening kebingungan. "Tapak dia orang kena serbu...tak cukup dengan satu lokasi, tapi lima kawasan di serbu pihak berkuasa pada masa yang sama...mungkin dia orang fikir kita puncanya sebab kita tak di apa-apakan lagi"jelas Noah dengan nada serius.
"Tunggu apa lagi kalau macam tu!Mari la kita lari!"arah Tania saat pengang tangan Rossie erat-erat.
Hayden dekati Rossie lalu lekas-lekas berkata. "Izack kau pergi hantarkan dia orang, biar aku. Noah dengan Hardin alihkan perhatian dia orang..Izack pandai larikan diri dari diekori..jangan jangan risau."arahnya semasa dorong Rossie dan Tania ke suatu arah sewaktu penyangak-penyangak itu berlari ke arah mereka.
"Hah?Awak macam mana?"tanya ROssie yang paling ke balik bahu. Cuba memandang Hayden ketika dirinya berjalan ke hadapan.
"Jangan risau...aku tak apa-apa..kau balik dulu..!"beritahu Hayden.
BANG!
Bunyi tembakan kedengaran sekali lagi.
Buatkan Gabby dan Gina berlari mendapatkan Rossie serta Tania. Bersama-sama mereka larikan diri ke arah tempat parker yang tidak jauh dari situ .
Apabila sudah tiba, kelibat Hayden, Noah dan Hardin tidak lagi kelihatan. Hanya Izack sahaja yang ada menemani mereka di situ.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
YOU ARE READING
38. Bila Sudah Benci
RomanceHayden Mikhael seorang badboy tipikal yang bertatu dan mengenakan kereta mewah. Dia telah memiliki semua yang dia mahukan melalui ayahnya, ketua kepada mafia Itali. Dia menghadiri kolej dimana tempat dia menjadi 'mafia' kepada mana-mana perempuan ya...