Chapter : 72

2.2K 147 2
                                    

72

🌼🌼🌼

Akhirnya

🌼🌼🌼🌼🌼🌼





Akhirnya salji turun. Menandakan musim sejuk pun tiba. Begitu jugala minggu peperiksaan untuk pelajar tahun terakhir. Bermacam-macam ragam dapat di lihat. Ada yang buat tak tahu hendak ulang kaji kerana sudah berserah sepenuhnya, ada yang belajar seperti esok nak kiamat, ada juga yang membayar rakan yang pandai untuk berkongsi nota. Tidak lepas juga yang terlewat masuk ke dalam dewan peperiksaan. Begitu la norma biasa sebagai seorang pelajar yang mereka perlu hadapi setiap kali berada di kampus.

Rossie dan Hayden yang turut mengambil major class yang sama, saling berkongsi nota dan belajar sesame mereka sama ada di kolej mahupun di rumah. Sambil tu Hayden luangkan masa Bersama ayah lelaki itu sekali sekala ditemani Rossie.

Sejak Hayden selesaikan semua urusannya, dia mempunyai banyak kelapangan yang tidak terhad. Dan masa lapang itu dia gunakan sebaik mungkin untuk dihabiskan Bersama dengan ayahnya.

Pada awalnya minggu pertama peperiksaan semuanya berjalan dengan lancar. Tiada sebarang masalah atau konflik yang timbu. Tetapi masuk minggu kedua, keadaan ayah Hayden semakin merosot. Lelaki itu terpaksa di bawa ke hospital walaupun Hayden enggan melakukannya.

Namun terpaksa atas nasihat doctor yang merawat ayah lelaki itu, Hayden mahu tak mahu turutkan permintaan doctor tersebut. Sejak hari itu la Hayden banyak habiskan masa di hospital. Berulang alik dari kolej demi menjaga ayahnya yang sakit.

Dengan itu berbakikan masa yang ada, Hayden sedaya upaya happy kan ayahnya walaupun dia tahu, ayahnya itu tiada lagi masa yang lama untuk bersama dengan dia. Tapi dia tak menyesal dengan keputusan dia untuk tinggalkan semuanya dan bina hidup baru, sebab ayahnya telah pun merestui keinginannya selepas dia beritahu segalanya kepada beliau.

Seperti yang diminta oleh ayah Hayden, Rossie sekalipun tidak pernah tinggalkan Hayden. Dia temani lelaki itu sepanjang masa tapi tidak masuk campur urusan keluarga lelaki itu. Dia bantu bila Hayden perlukan sahaja. Dan sepanjang masa itu baru dia sedar yang Hayden ni nampak je macam tough guy, walhal hakikatnya ialah Hayden masih seorang anak bongsu dalam keluarganya. Anak lelaki yang masih perlukan bimbingan dari seorang ayah dan kasih sayang seorang ibu. Seorang adik lelaki yang merindui abangnya.

Walaupun begitu, Hayden hadapinya dengan tabah. Sekali sekali kalau rindu, Hayden akan lawat kubur ibu, abang dan Hardin. Rossie di samping tidak lupa untuk berikan kata-kata semangat kepadanya.

Mengenai isu Noah dan ketua mafia yang ditahan. Mereka semua sudahpun di bicarakan dan di bawah ke mahkamah. Dijatuhkan hukuman seumur hidup mereka dan semua harta yang mereka miliki disita oleh kerajaan. Mereka di penjarakan secara berasingan atas factor keselamatan. Noah ditempatkan penjara yang terletak di sebuah pulau yang terbiar di tengah laut. Manakala mafia-mafia lain di letak merata.

Hal mengenai tawaran Izack, ianya sudahpun di tolak Rossie awal selepas dia buat keputusan untuk Bersama dengan Hayden beberapa hari selepas itu. Yang mana diterima oleh Izack dengan berlapang dada.

Tania, Gabby dan Gina putus hubungan dengan Rossie sepenuhnya. Mereka memilih untuk ikut haluan masing-masing, begitu juga dengan Rossie.

Rossie pula sudah move on dari semuanya. Dia maafkan semua orang dan lupakan kenangan lampau dia Bersama Ryan dan anggap cinta dia terhadap lelaki itu hanyalah angin lalu. Dan tidak lagi sakit setiap kali memikirkannya.








🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

38. Bila Sudah BenciWhere stories live. Discover now