Chapter : 52

1.7K 140 6
                                    

51

🌼🌼🌼

Deklarasi

🌼🌼🌼🌼🌼🌼





Hampir hendak tersandung Izack dibuat rentapan itu. Tanpa menolak atau balas, tangannya hanya diam di sisi membiarkan Hayden berbuat begitu.

          "Aku percayakan kau...aku percayakan Noah!Aku berikan peluang pada kau orang untuk jelaskan aku hal sebenar...tapi tidak. Kau orang malah memilih untuk mendiamkan diri...perlakukan aku macam aku ni bodoh sangat!"lafaz Hayden dengan kesal di depan muka Izack. "Kau diam dan biarkan aku perhatikan kau orang...perbodohkan aku..hahahaha!"katanya sambil ketawa.

Izack kelu di situ saat mendengar kata-kata itu. Kebas-kebas badan dia kerana begitu terkejut. Matanya tidak berkedip walaupun deru nafas Hayden deras menyapa wajahnya.

            "Ikut kan hati dah lama kau orang mati...tapi tak. Aku masih bagi peluang pada kau orang berdua untuk hidup...tapi sebaliknya apa yang aku dapat?!Kau orang jadi penyebab Hardin mati!Do you know what the more f*cked up is that!Walaupun aku tahu kau orang tikam aku dari belakang tapi aku masih anggap kau orang kawan-kawan aku!"tegang urat leher Hayden saat dia mendengking dengan berang di situ.

Beberapa orang lelaki yang berjaga dalam ruangan itu bergerak dalam keadaan berjaga-jaga. Mereka semua itu adalah anak buah kepada Hayden. Yang telah mengawal Hayden sejak siang tadi sehingga la sekarang. Bila dengar akan kekecohan tersebut mereka terus menjadi awas.

           "Hayden...aku tahu aku salah...aku silap buat penilaian aku menyesal.."ucap Izack dengan bersungguh. DIa tak tahu yang selama ini Hayden cuba bantu semua orang dan lindungi mereka yang ada di sini. Dia tak tahu yang Noah adalah dalang semua kejadian jenayah yang berleluasa di tempat ini.

Hayden tersengih saat air matanya bertakung di kelopak.

            "Kau menyesal?Memangnya penyesalan kau boleh hidupkan Hardin balik?Huh?"soalnya.

Soalan itu membuatkan Izack mengetap gigi dengan kuat kerana dia di hurung rasa sebak di dada dan terkilannya. Wajah Hardin terimbas serta merta dalam fikiran dia waktu itu juga.

            "Aku sendiri tak tahu apa yang aku patut buat sekarang ni"beritahu Izack dengan kening mencerlung sedih.

             Sambil ketawa Hayden lepaskan kolar Izack dan tolak rakannya itu ke belakang dengan lemah.Dia pun sama-sama undur ke belakang. "Taniah..!"tangannya di depakan dengan luas. ".....pelan kau untuk musnahkan aku sedikit demi sedikit telah berjaya...lepas ni beritahu la dekat ayah kau yang kau hormati tu..untuk tahan aku...bunuh semua orang....aku ni kan cuma bahan untuk kau selesaikan misi!"katanya.

Mata Izack jatuh pada tangan Hayden yang sedang mengalirkan darah sejak tadi sewaktu mendengar kata-kata tersebut.
 

           "Sekarang...aku bagi pilihan dekat kau...bunuh aku...atau kau musnah semua legasi Noah dan seangkatan dia..."aju Hayden. "Kalau kau pilih untuk bunuh aku, akan aku perangi dan angkatan kau sehingga titisan darah yang terakhir. Kalau kau musnahkan semua legasi Noah, aku anggap kita dah tak ada hutang apa-apa lagi."terhuyung hayang hendak tumbang, Hayden gagahkan dirinya untuk teruskan berdiri. Dia mahu mendengar jawapan dari Izack.

Izack pandang Hayden dengan kening mencerlung berbelah bahaginya. Dalam dilemma terhadap intergriti tugas dia sebagai seorang ejen dan perasaan dia sebagai seorang kawan terhadap Hayden dan Hardin, Walaupun tiga tahun itu bukan tempoh yang Panjang, dia sudah menganggp mereka semua seperti sahabatnya sendiri. Siapa sangka, berkawan dengan orang jahat itu sendiri lebih terkesan dari orang biasa!

          Oleh kerana tiada jawapan dari Izack, Hayden dengan kecewanya pun berkata. "Kalau macam tu...aku ucapkan selamat tinggal. Terima kasih untuk semuanya."ucap dia sebelum berpaling membelakangkan Izack dan bergerak pergi dari situ.

Tidak menghalang mahupun membalas, Izack di situ diam memerhatikan langkah berat Hayden itu dengan kepalan penumbuk di kedua-dua belah tangan.

Oleh kerana terlalu banyak sangat minum, Hayden jalan tidak seimbang sebelum terjatuh di atas lantai itu tidak lama kemudian dalam keadaan bersila sebelah kaki!

Mereka yang ada di situ pun apa lagi, kelam kabut hendak dapatkan Hayden. Terutama sekali Izack. Niatnya hendak mendekat tetapi tidak jadi selepas itu.

Tapi Hayden angkat tangan melarang mereka supaya tidak mendekati dirinya. Dengan sendiri dia bangun dari situ dan sambung langkahnya.






🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

38. Bila Sudah BenciWhere stories live. Discover now