53
🌼🌼🌼
Minta Maaf itu Mudah
Memaafkan itu Susah
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
"Pergi ke rumah Tania malam ni.."beritahu Hayden semasa memandu.
Rossie di sebelah palingkan kepala. "Kenapa?"
"Pergi apartment tu dan pack apa yang patut...aku bagi kau peluang untuk jumpa dengan kawan kau tu untuk kali terakhir."Hayden memegang stereng dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi disikukan atas cermin kereta kerana mahu memicit dahi!
Untuk beberapa saat Rossie dapat merasakan ada sesuatu yang membuatkan naluri dia beritahu kepadanya yang Hayden sudah tahu!Lelaki tu sudah tahu segalanya. "Buat kali terakhir?Apa maksud awak?"tanya dia. Hatinya mula tidak tenang.
Hayden tarik nafas dalam-dalam sebelum dihela dengan pendek. "Because I said so.."
Rossie menjadi takut kerana dia telah simpan rahsia dari Hayden. Entah apa agaknya reaksi lelaki tu sekiranya Hayden tahu bahawa dia tahu mengenai Izack, Tania, Gabby dan Gina. "Boleh saya tahu apa sebabnya?"
"Rasanya tak payah aku beritahu kau sendiri dah tahu apa alasannya...nak aku beritahu jugak ke?"Hayden kedengaran mengawal marahnya saat berkata namun bernada perlahan. Nampak sangat la dia sedang frust saat itu.
Mata Rossie membulat sebaik mendengarnya. "Huh?"nganga dia seketika.
"Aku tahu siapa Izack dengan kawan-kawan kau tu siapa...dari awal lagi. Kalau kau tanya aku marah atau tak sebab kau diamkan hal ni...tak ada gunanya lagi aku jawab. Sebab benda dah terjadi...lagipun dia orang gunakan kau untuk dapatkan akuso tak payah kau ambik tau pasal tu..."keluh Hayden tanpa memandang Rossie.
"Awak tak marahkan saya?"
"Kenapa aku kena marah?"
"Yalah...saya dah tahu dari awal...tapi saya rahsiakannya dari awak."
"Kalau aku marahkan kau, aku dapat apa?Salah aku jugak sebab letakkan kau ke dalam situasi ni. Sudah la. Tak payah panjangkan hal ni. Kau duduk je dekat apartment tu sampai aku datang jemput kau. Kemas la apa yang patut. Lepas tu kau akan tinggal dengan aku sampai habis final exam nanti."tambah Hayden lagi.
Rossie berkerut kening tidak faham. Dia pandang tepi muka itu!Tidak tahu hendak kata apa lagi. Semakin bertambah-tambah rasa hormatnya pada Hayden bila melihat ketenangan lelaki itu menanggani tekanan yang mendatang. Kalau dia di tempat Hayden sudah lama dia naik gila dan mengamuk!
Dia perhatikan sekeliling ruang tamu itu dengan renungan kosong. Kalau dulu dia paling suka berada di apartment itu. Namun tidak lagi, selepas dapat tahu apa maksud yang tersembunyi di sebalik penginapannya di situ.
"Kau nak minum?"aju Tania yang muncul tiba-tiba di sebelah sofa dengan mug di kedua-dua tangan.
Gadis itu ambil tempat di sebelah Rossie atas sofa itu.
"Thanks."ucap Rossie sambil mencapai satu daripada mug di tangan tu. Lantas di letakkan atas meja kopi di depannya Setelah itu dia kembali duduk sandar di sofa memandang skrin tv.
Suasana di situ pun senyap yang kekok apabila dua orang itu masing-masing mendiam.
"Aku tak tahu hal boleh jadi macam ni...serius Izack sendiri tak tahu"
Rossie diam perhatikan pelakon drama yang sedang bercakap kemudian menampar antara satu sama lain dengan renungan kosong. "It's okay...benda nak jadi kan...lagipun aku balik sini sebab nak pack barang je. Apapun urusan kau,...itu hak kau. Aku tak persoalkan.Tapi kalau diberi pilihan...aku mintak maaf. Hayden pilihan aku"beritahunya tiada semangat. Nak pandang muka Tania pun tak sanggup.
Air muka Tania berubah, dia berkerut kening sedih dengan kenyataan itu, Terus turun matanya memandang ke dalam mug minuman yang dipegangnya. "Tapi kenapa?Kalau kau marahkan aku, aku minta maaf. Tapi kau tahukan Hayden tu berbahaya. Dia boleh letakkan diri kau di situasi yang tak sepatutnya."soalnya dengan kesal.
Rossie berdengus kecil sebelum dia tersenyum sedih.
"Tak ada apa-apa yang kau nak mintak maafkan...kau tak buat salahpun. Semua tu adalah kerana tugas kau. Kalau kau tanya kenapa aku still pilih Hayden...ini jawapan aku.."dia palingkan kepala ke Tania. "Kalau betul Hayden sepertimana yang kau ceritakan tu, kejam dan jahat. Kenapa dia tak bunuh Izack dan hapuskan kau, Gabby dan Gina lepas dia tahu segalanya dari awal?Kenapa kau orang masih hidup sehingga sekarang walapun Hayden tahu kau orang cuba hapuskan dia?"
"Apa?"Tania berkedip mata tak percaya. Mulutnya ternganga sedikit saat pandang Rossie dengan reaksi terkejutnya. "Hayden dah tahu?"
Dia mengangguk kepala. "Ha'ah...dia dah tahu...semuanya. Patutnya kau orang tahu dengan siapa kau orang berurusan sekarang ni...kalau kau orang tahu mesti kau orang tahu siapa target kau orang.."beritahu Rossie dengan nada separa berbisiknya.
DING!
DONG!
Tidak semena bunyi loceng apartment itu berbunyi.
Buatkan Tania yang mahu bercakap terhalang saat dia palingkan kepala ke arah pintu.
"Biar aku bukak."beritahu Rossie serta merta kerana menganggap Hayden yang datang. Lelaki itu pasti ingin menjemput dia pergi dari situ.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
YOU ARE READING
38. Bila Sudah Benci
RomanceHayden Mikhael seorang badboy tipikal yang bertatu dan mengenakan kereta mewah. Dia telah memiliki semua yang dia mahukan melalui ayahnya, ketua kepada mafia Itali. Dia menghadiri kolej dimana tempat dia menjadi 'mafia' kepada mana-mana perempuan ya...