Chapter : 64

1.6K 134 5
                                    

64

🌼🌼🌼




Satu minggu sebelumnya

Segalanya berlaku pada hari dimana Hayden sibuk dengan urusan kerja untuk mengerjakan Noah yang asyik mencabar dia. Pada waktu itulah Rossie gunakan masa yang ada untuk menemui Izack. Di tempat biasa mereka selalu bertemu sebelumnya, dia sampaikan rancangannya dari awal hingga akhir kepada Izack di situ.

Ekoran kejadian yang menimpa Hayden itu telah membuatkan Rossie ambil keputusan untuk masuk campur urusan 'belia' Hayden itu.

            "Memandangkan saya pernah tolong awak...tiba masanya untuk awak balas semula kebaikan saya tu.."kata Rossie kepada Izack sambil membelek buku yang ada di rak situ.

           Izack sambil bersandar di rak berdiri dengan tangan disilangkan ke dada. "Kalau kau nak membebel pasal apa yang berlaku antara aku dengan Hayden better kau tak payah masuk campur.."

           Rossie memegang buku yang ada di situ saat palingkan kepala ke Izack. "Tak adalah...saya nak bagi tawaran dekat awak...tu je. Itupun kalau awak nak la.." bisiknya dengan perlahan.

Hanya mereka berdua sahaja di lorong rak buku di situ.

          Mata dari kaca mata itu mengerling tajam ke Rossie. "Tawaran apa?"

          "Beberapa hari ni secara rahsia saya telah selidik dan cari tahu siapakah mafia paling aktif dan kegiatan haram yang giat dijalankan dalam daerah ni...dan saya dapati semua penjenayah itu adalah high profile. Menurut laporan dari fail yang saya godam.." dia berhenti sekejap sambil buat muka 'don't jugde me' pada Izack. "Awak bukan sahaja mahukan Hayde tapi sebaliknya mereka semua...tak begitu?"

Elok dari Izack bersandar dia terus berdiri tegak dan hadapkan badannya sepenuhnya ke Rossie. Betapa terkejutnya dia lepas dengar. Rossie apa?Godam??

            "Please jangan pandang saya macam tu...awak memang nampak saya diam dan lemah macam ni...tapi jangan pandang rendah pada otak saya ni..apapun main point saya di sini adalah...saya boleh bantu awak dapatkan mereka semua secara serentak pada masa yang sama...tapi dengan syarat lepaskan Hayden..."  beritahu Rossie lagi sambil memeluk buku yang dipilihnya rapat ke dada. Kepalanya di lentokkan sedikit ke kanan.

          Dalam diam Izack mengepal penumbuk dengan erat, keningnya mencerun. Dia dalam dilemma hendak membuat keputusan. Tapi tidak berfikir panjang. Terus dia mengangguk. "Fine..."

Tersenyum lebar Rossie mendengarnya.

         "Good. Now listen carefully."mata Rossie mengerling ke sekelilingnya buat sesaat sebelum berkata. "Hayden adalah anak kepada ketua mafia paling berpengaruh di sini. Pengaruh Hayden telah terhadkan banyak kegiatan jenayah dari berleluasa. Oleh itu ramai ketua mafia dari geng lain mahukan kematian dia supaya mereka bebas berurus niaga. Oleh itu mereka dapatkan Noah dan jadikan dia sebagai tali barut geng Hayden. Noah gunakan nama Hayden sehingga buatkan awak salah faham bahawa kerja jahat yang terjadi di sini adalah angkara Hayden, walhal ianya berpunca dari Noah..disebabkan pelan dia tak berjalan lancar, Noah nekad untuk expose diri dia. Dia bunuh Hardin. Dan sekarang Hayden. Tapi dia tak targetkan awak. Kan?"

Kening Izack berkerut-kerut semacam. Dia pandang mata Rossie kanan dan kiri. Tidak faham kenapa gadis di depannya ini boleh faham semua ni!

         Rossie yang dapat agak apa yang bermain dalam fikiran Izack tersenyum manis. "Jangan terkejut macam mana saya boleh tahu semua ni...saya ada korek sikit maklumat dari Hayden..."beritahu dia.

           "Apa rancangan kau kalau macam tu?"tanya Izack.

           "Hahaha...tak sabar betul."ketawa Rossie dengan perlahan. "Pelan saya simple je.."senyumnya lagi. "Saya nak awak gunakan saya dan Hayden sebagai umpan untuk tarik Noah munculkan diri dengan cara masking..."

         Menahan nafas terkejut Izack bila dengar. Keningnya mencerun tajam. "Apa?"

        "Ya...Masking...saya ada buat kajian mengenai Teknik Interpol dan ejen seperti awak ni jalankan misi iaitu hasilkan topeng yang mirip seperti orang sebenar sebagai cara untuk menyamar dan alihkan perhatian. Gunakan wajah saya dan Hayden. Pada masa yang sama saya akan nampakkan lagi bahawa saya adalah orang penting buat Hayden. Dengan tu Noah pasti akan datang target saya untuk dapatkan Hayden..."

What the heck!

           Izack begitu terkejut sekali!Dia macam tak percaya yang Rossie yang dia kenali ini adalah lebih licik dari rupa sebenar!Sampai kelu lidah hendak berkata. "Kau sure hal ni akan menjadi?"

         "Mesti la saya sure..."angguk Rossie. "Saya yakin sangat lepas apa yang akan berlaku nanti Noah pasti akan target saya."

Untuk seketika Izack diam di situ termenung membuat keputusan. Dia tidak tahu hendak bagaimana lagi.

          "Dan untuk masa akan datang, akan berlakunya pertumpahan darah secara besar-besaran...saya nak awak arahkan polis dan apa sahaja yang melibatkan pihak berkuasa untuk tidak masuk campur...ianya juga sebahagian dari pelan.."pesan Rossie yang teringat akan perbualan Hayden sama Noah di balkoni biliknya pada malam tu.

         "Pertumpahan darah?"tanya Izack dengan kening berkerut. Apa pulak lagi ni!?

        "Okay la itu saja dari saya. Saya harap ianya dapat membantu awak dan juga Tania, Gabby dan Gina untuk selesaikan misi ni. Jangan risau sepanjang masa awak merayau tu, saya akan pastikan Hayden bersama dengan saya.."

         "Hei!Aku belum habis lagi dengan kau la!"








🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

38. Bila Sudah BenciWhere stories live. Discover now