Chapter : 21

2.1K 165 1
                                    

21

🌼🌼🌼

Lost And Found

🌼🌼🌼🌼🌼



Pena di letakkan sebelum cop rasmi di tekap pada penjuru kertas di bawah tandatangan. Dengan itu secara rasmi urusan mereka pun selesai dan segalanya termetrai. Dekan kolej mengangkat kepalanya dan pandang akan lelaki yang berurusan dengannya.

         "Terima kasih untuk donation yang diberikan oleh syarikat ayah kamu, Hayden."ucap Dekan.

          Sambil membetulkan lengan blazer dark blue, Hayden mengangguk kepala. Kalau la dekan dia tahu duit yang di laburkan ini hanya sebagai decoy supaya pihak berkuasa tidak tahu ke mana sahaja wang haram urusniaganya di salurkan. "Saya berbesar hati mengenainya. Saya harap dengan bantuan ni, semua kelengkapan dan keperluan para pelajar sempurna."

          Dekan senyum dari telinga ke telinga. Wajah itu berseri senang hati kerana mendapat dana sebanyak 2 juta untuk kolejnya itu. "Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau aduan boleh la maklumkan kepada saya secara langsung. Akan saya kuatkuasakan apa saja permintaan kamu itu."

          "Kalau macam tu saya minta diri dulu.."pamitnya sambil bangun dari situ.

          Dekan itu turut bangun dari situ. Dia mahu menghantar Hayden keluar. "Mari saya iring."

          Cepat-cepat Hayden angkat tangan tanda 'tak apa' kepada dekan. "It's okay. I walk myself."katanya sebelum berpaling dari situ.

Seperti anak buah yang taat pada bosnya, dekan itu mengangguk kepala patuh akan kata-kata itu. Dia berdiri di situ memerhatikan langkah Hayden sehingga la anak muda itu keluar dan pintu pejabatnya tertutup.

Keluar sahaja Hayden dari pejabat, Noah dan Hardin yang setia menunggu di luar koridor sejak tadi menyambutnya.

          "Macam mana?"tanya Hardin sambil tunduk menaip sesuatu dengan laju di skrin. Membalas mesej yang dihantar oleh spare part dia. mereka ajak dia untuk keluar ke kelab malam nanti. Dia balas la yang dia okay dan akan sertai mereka.

         "Berjalan seperti yang di rancang."jawab Hayden dengan mendatar tiada mood. Dia masih terkesan dengan layanan Rossie terhadap dirinya. Perasaan tercabar dia itu semakin membuak-buak.

Noah termenung kosong memandang ke depan tanpa berkata apa-apa.

         "Oh ya...Kes bangunan terbakar tu dah sampai dekat telinga penguatkuasa...aku dah bayar beberapa orang pegawai polis dekat situ supaya tutup kes tu tanpa siasatan lebih lanjut..." kata Hardin sambil tersengih sebaik membaca pesanan yang diterima.

         Hayden mengangguk kepala. "Good."

Noah gerak hendak membelok ke kanan pintu keluar itu sewaktu telefon dalam poketnya berdering. Lantas dia berhenti sekejap dekat situ dengan tangan masih memegang pemegang pintu kaca itu. Telefon di capai dan dia pandang skrin itu berkerut kening.

Hardin dan Hayden hanya berlalu pergi melewati Noah dan tinggalkan kawan mereka itu di situ. Menuju ke kereta yang siap di parkir hadapan bangunan admin.

           "Hello?"sapa Noah selepas dia tekap telefonnya ke telinga kiri, sambil tu dia berjalan keluar dari pintu tersebut. "Kenapa ni Tania?"

            "To-tolong..."sebut Tania tersedu sedan.

             Naoh berhenti sekali lagi dari berjalan. Suara cemas itu buatkan dia terpana sekejap. "Ada apa ni?"

             "Rossie...tolong Rossie...saya tak tahu apa yang dah berlaku. tapi boyfriend abusive dia tu datang bawa Rossie pergi dari latihan kami tadi.."jelas Tania dengan sedih sekali. "Saya tak tahu nak mintak tolong siapa lagi"

            "Kenapa dengan Ryan?"sebut Noah sedikit kuat. Apa lagi mamat sengal tu buat?Tak habis-habis betul la. Ingatkan dia dah belasah cukup mamat tak guna tu!Larat lagi ya buat perangai. "Mana dia orang pergi?"

            "Saya tak tahu...awak...tolong saya carikan Tania.."minta Tania lagi.

Tanpa berlengah Noah jalan laju ke arah kereta mewahnya. Tergesa-gesa hingga buatkan Hayden, Hardin dan Izack yang lepak di sebelah kereta menunggu mereka palingkan kepala ke arahnya.

            "Tak apa. Kau tunggu je dekat rumah. Aku cuba uruskan mana yang boleh."beritahu Noah sebelum dia putuskan panggilan sesaat kemudian.

            "Asal tu?"tanya Izack sambil campak puntung rokok ke bawah dan dilenyek dengan hujung kasut.

              Sambil menyeluk telefon semula ke dalam poket, Noah pandang rakan-rakannya di situ. "Tania call...katanya Ryan bawa Rossie lari entah ke mana...bunyi macam serius...ini mesti Ryan nak apa-apakan Rossie lepas apa kita buat pada dia..."beritahunya.

               Elok sahaja Hayden buka pintu, lelaki itu terus kaku dari perbuatannya. "Kau cakap apa?"

              "Tania menangis macam risau sangat...mungkin dia tahu something yang buruk akan berlaku pada Rossie sebab itu dia call...maybe ini bukan first time mamat sengal tu buat perangai."beritahu Noah lagi.

               Izack ketawa ketika dia menggeleng kepala tak percaya. "Apahal dengan si Ryan tu?Hilang akal agaknya lelaki tu?"

Hardin kerling ke Hayden.

               "Kerahkan orang...kesan dekat mana Ryan berada...kau dengan Izack balik jumpa Tania. Jaga dia. Biar Hardin dengan aku yang pergi cari."beritahu Hayden kepada Noah dengan tenang. Memandangkan ada yang gali kubur sendiri, terpaksa la dia tunaikan permintaan tu.

                Noah pandang ke Hayden dengan renungan dalam. Risau pulak dia tiba-tiba.  "Okay."angguknya.





🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

38. Bila Sudah BenciWhere stories live. Discover now