54
🌼🌼🌼
Be With You
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Dibuka sahaja pintu itu, Rossie di sapa oleh kelibat lampai Hayden yang dalam keadaan tidak terurus. Tidak sempat hendak berbuat apa-apa atau bersuara tubuhnya di terpa dari depan sebelum jasad yang berat itu hinggap bergantung pada bahunya.
Kepala Hayden tersembam ke balik ceruk leher Rossie sewaktu tangannya melingkar ke sekeliling pinggang itu.
"Oh my gosh!Hayden!Kenapa ni?"tanya Rossie dari balik nafas terkejutnya. Hampir hendak tumbang dia dibuat berat badan tu. "Awak okay tak?"
"Sakit.."rengek Hayden dekat dengan telinga Rossie waktu itu.
Tania di belakang turut datang mendekat. "Dia okay tak ni?"soalnya semasa perhatikan Rossie bergelut hendak seimbangkan badan memegang lelaki lampai itu.
"Aku tak sure...Nia. Aku tumpangkan dia dekat sini untuk malam ni ya...aku harap kau tak cakap pada sesiapa.."beritahu Rossie saat bawa lengan Hayden ke atas bahunya dan peluk sekeliling belakang badan itu dengan lebih stabil lagi.
Sambil perhatikan keadaan Hayden itu, Tania mengangguk kepala dengan bingung. Tidak pasti apa yang dia perlu lakukan saat itu. "Ah-okay.."
"Thanks.."ucap Rossie sebelum gerak ke arah biliknya setelah itu.
Tania di depan pintu itu perhatikan langkah Rossie sehingga la rakannya meloloskan diri ke dalam bilik Bersama Hayden. Pintu yang terbuka tadi di tutup semula sebelum dia atur langkahnya ke sofa dan kembali duduk di situ menikmati minumanya seakan tiada apa-apa terjadi di situ.
Hayden di dudukan atas katil sebaik sahaja Rossie masukkan mereka ke dalam bilik tidur itu.
"Apa yang dah berlaku pada awak ni?" keluhnya dengan mengah gara-gara berat badan lelaki tu. Elok dia hendak bantu tanggalkan kot dari badan tu, matanya terus ternampak akan tapak tangan yang luka itu.
Baru dia hendak sentuh tangan yang kotor dengan darah kering itu, tidak semena Hayden lingkarkan tangan ke sekeliling punggungnya dan sembamkan muka ke perut dia dengan mengejut.
Kejung terus Rossie di situ dalam keadaan kedua-dua tangan terangkat sedikit. Bingung sendiri dengan tindakan tiba-tiba Hayden itu.
"Hei...kenapa ni?"
"Bau kau wangi.."gumam Hayden di perut Rossie. Mukanya masih tersembam padanya. Pelukan tangannya di eratkan lagi. Bau yang buatkan dia tenang setiap kali berada hampir sama Rossie.
Berdengus tak percaya Rossie dengan komen itu, Dia kemudiannya bawa tangannya ke bahu dan belakang kepala itu. Perlahan-lahan rambut itu di usap.
"Kenapa tangan awak berdarah?Awak bergaduh ke?"
Hayden menggeleng kepala pada masa yang sama mengesat mukanya pada baju di perut Rossie ketika itu. "Aku naik angin tadi." jawabnya lagi bernada orang malas seperti hendak tidur.
Bersama senyuman nipis di bibir, kepala Rossie tunduk memandang kepala Hayden saat jari jemarinya bermain dengan rambut lebat berwarna hitam itu berkilat itu. Pasti Hayden telah memberitahu segalanya kepada Izack. Lelaki itu pasti sudah tahu!Kalau dia sendiri telah diberitahu Hayden inikan lagi Izack!Mungkin sebab itu Hayden naik angin dan pulang dalam keadaan berdarah begini!
"Sebab awak jumpa Izack ke?"
"Hm."angguk Hayden lagi.
"Dia cakap apa?"tanya Rossie lagi ingin tahu.
Masa itu Hayden jauhkan kepalanya dari perut Rossie sebelum dongak memandang ke atas. Tanpa amaran dia tarik pinggang Rossie hingga buatkan Rossie jatuh terduduk di atas ribanya dalam sekelip mata. Wajah mereka berdua saling bertemu.
Rossie duduk di atas riba itu dengan patuh walaupun dia terperanjat.
Untuk seketika mereka bedua hanya saling bertentangan mata tanpa berkata apa-apa.
Pada masa itu, tangan Rossie tidak berhenti dari bermain dengan rambut belakang kepala Hayden.
Sementara Hayden pula menggosok-gosok tulang belakang badan Rossie dengan ibu jarinya.
Masing-masing cuba memberikan comfort ke antara satu sama lain.
"Kau nak tahu apa aku cakap pada dia?" bisik Hayden dengan nada menggodanya di depan bibir Rossie. Matanya terarah pada mata Rossie.
Tidak berundur atau menjarakkan kepalanya, Rossie mengangguk kepala sambil memandang bibir Hayden.
"Apa awak cakap?Dia akan lepaskan awak ke?"
Bersama senyuman meleret penuh muslihat, Hayden lagakan hujung hidungnya ke hujung hidung Rossie dengan manja.
"Bila tiba masanya tu, kau akan tahu...buat masa sekarang Kita tunggu dan lihat...siapa yang tangkap siapa..?"patutnya mereka yang cuba mencabar dia ada pelan seterusnya selepas ni! Kalau mereka tiada pelan yang sepatutnya, rasanya tiada lagi hari esok untuk mereka selepas dia bersedia u tuk counterattack.
"Kalau macam tu apa yang awak akan buat pada Noah nanti?Awak nak biarkan dia macam tu je?"kening Rossie berkerut tidak suka bila mengenangkan apa yang telah terjadi pada Hardin!
Hardin ketawa kecil sambil tersenyum nipis. Dia berasa lucu dengan sikap.ingin tahu Rossie.
"Just wait and see honey..."lafaz Hayden semasa dia pejamkan mata dan rehatkan dahinya ke bahu Rossie. Nafas lega dilepaskan dengan panjang. Betapa letihnya badan dia ketika itu. "Buat masa sekarang... aku cumanak kau dekat dengan aku je."sebutnya dengan mamai.
Berserah dengan kata-kata itu Rossie mengalah tidak bertanya lagi. Dia kucup tepi kepala Hayden sebelum merehatkan pipi padannya. "Awak rehat la...saya temankan awak."tangannya menepuk belakang badan tu perlahan-lahan.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
YOU ARE READING
38. Bila Sudah Benci
RomanceHayden Mikhael seorang badboy tipikal yang bertatu dan mengenakan kereta mewah. Dia telah memiliki semua yang dia mahukan melalui ayahnya, ketua kepada mafia Itali. Dia menghadiri kolej dimana tempat dia menjadi 'mafia' kepada mana-mana perempuan ya...