8
🌼🌼🌼🌼
Menyampah
🌼🌼🌼🌼🌼
Air mata jatuh menitis dari kelopak matanya sebelum ia mengalir perlahan ke pipi sewaktu Rossie bertentang mata dengan Hayden. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa leganya dia waktu itu. Tak tercapai dek akal dia dengan apa yang baru terjadi.
Hayden berdiri di situ dengan tangan terseluk dalam poket hoodienya. Sikit pun tidak terkutik dengan tindakan yang dia baru lakukan. Kemahiran MMA dan Muay Thai dia tidak pernah mengecewakan dia!
"Be-berani kau kan?"lelaki buffy itu bangun."Kau tahu tak dengan siapa kau cari pasal sekarang!?" Lepas berdiri dia pandang Hayden dengan muka samseng dia. Berani betul Budak hingusan ni cari pasal dengan dia.
Rahang Hayden berketik sebaik mendengar kata-kata itu, "Memangnya penting ke untuk aku tahu siapa kau?Sedangkan kau yang patut tahu siapa aku dekat sini?"tanya dia sambil turunkan hood sweater dari kepalanya dan topi dikepalanya di tanggalkan. Mendedahkan rupa sebenar dia pada lelaki samseng di hadapannya.
Muka lelaki buffy itu terus berubah, matanya terbutang luas penuh ketakutan. Mulutnya terbuka tutup bergelut hendak bersuara tetapi tidak dapat, Keningnya terangkat tinggi kerana begitu tergamam!
Hujung bibir Hayden terjungkit sedikit. Tahupun takut.
"Pergi senyap-senyap."katanya sambil menjuih dagu ke arah pintu kaca 7e itu. " Atau kau nak aku yang tolong senyapkan untuk kau."Hayden berkata dengan nada tenang mendatarnya. Renungan tidak berminatnya terarah pada lelaki tersebut.
Berasa seperti nyawa di hujung tanduk, lelaki itu cepat-cepat mengangguk kepala dan terjengket-jengket keluar dari premis itu. Itu adalah anak kepada ketua mafia yang berpengaruh di tempat dia, Tak tahu pulak dia yang gadis itu adalah kenalan Hayden!
Hayden perhatikan langkah lelaki itu sehingga kelibat itu tidak lagi kelihatan. Bila dia berpuas hati barulah dia palingkan kepala ke Rossie. Melihat betapa traumanya gadis itu buatkan dia melepaskan keluhan letih saat mendekat.
"Apa masalah kau ya?Asal jumpa je mesti ada masalah...."bebel Hayden sambil tu.
Menyedari yang muka dia terdedah, Rossie cepat-cepat angkat lengan. Menutup mukanya dengan lengan dia. Habis la!Mesti dia kena bahan nanti dengan Hayden. Kenapa la nasib dia selalu malang kalau bertembung dengan Hayden! Macam tak guna je!
"Mana saya tahu"jawabnya setelah itu.
Berdiri sahaja Hayden di depan Rossie, topi yang dia pakai tadi di letakkan atas kepala Rossie. Setelah itu hood sweater yang dipakai ROssie ketika itu di bawa naik ke atas kepala itu. Menyembunyikan wajah Rossie yang terdedah itu."Tak payah nak tutup...aku dah nampak.."
Rossie berdiri di situ tidak mengatakan apa-apa kerana tidak tahu hendak berkata apa setelah apa yang dia saksikan di depan matanya secara langsung tadi. Rasa macam tak percaya pun ada! Dia ingatkan Hayden dah pergi tadi. Tak sangka pulak lelaki tu yang menyelamatkan dia. Harapnya tiada siapa tahu la kejadian ni! Kalau ada yang tahu, Malu la dia nanti!
Mata Hayden terarah pada Lebam di muka Rossie untuk sesaat. Keningnya berkerut sedikit kerana ingin tahu. Tetapi tidak terluah. Dia pendamkan saja persoalannya itu kerana ianya bukan urusan dia untuk tahu! Hairan dia!Kenapa la setiap kali bertemu Rossie, gadis ini pasti akan dalam masalah?
YOU ARE READING
38. Bila Sudah Benci
RomanceHayden Mikhael seorang badboy tipikal yang bertatu dan mengenakan kereta mewah. Dia telah memiliki semua yang dia mahukan melalui ayahnya, ketua kepada mafia Itali. Dia menghadiri kolej dimana tempat dia menjadi 'mafia' kepada mana-mana perempuan ya...