Chapter : 43

1.7K 159 21
                                    

43

🌼🌼🌼

Brotherhood

🌼🌼🌼🌼🌼🌼






Dua orang itu berdiri menghadap pemandangan tasik di sebuah taman. Dua kereta mewah mereka turut di parkir berdekatan. Seorang sedang merokok seorang lagi berdiri dengan tangan di seluk ke dalam poket kot labuh yang dipakainya.

Noah menghembus asap rokoknya ke udara sambil termenung memandang ke depan. Desiran tiupan angin petang itu menyapa wajahnya dengan lembut namun tidak cukup untuk hilangkan rasa resah yang dirasai.

         "Ada apa kau panggil aku ni?"tanya Hardin selepas mereka berdiri di situ buat seketika tanpa berkata apa-apa. Keningnya sedikit berkerut walaupun mengenakan kaca mata hitam.

           Noah tunduk menjatuhkan puntung rokok ke bawah kaki lalu di tenyeh. Dia seluk tangan ke dalam poket seluar. "Kau tanya aku?"soalnya kedengaran jengkel.

           Dengan muka tidak puas hati, Hardin palingkan kepala ke Noah. Kening dia berkerut. Tidak faham kenapa Noah tanya dia semula. "Kau panggil aku...kau tanya aku?" balasnya.

           "Hayden dah curiga...bila-bila masa kita boleh tertangkap...aku panggil kau ke sini sebab nak cakap pasal tu!"deram Noah dari balik ketapan gigi marahnya.

            "Apa kaitannya dengan aku?"tanya Hardin. "Kau kan yang beria nak tikam dia dari belakang...aku tak pernah pun setuju atau libatkan diri dengan idea gila kau tu..."Noah sendiri yang mahu lakukan semua ni. Dia hanya dengar saja, tidak mungkin la dia nak khianat kepercayaan Hayden gara-gara kuasa. Bertahun dah dia hidup dengan Hayden. Dia masak dengan perangai kawannya itu. Hayden tidak layak untuk dikhianati.

             "Apa kau cakap?Macam ni ya kau!"Noah gerak mahu dekati Hardin. Kepalan penumbuk erat di genggam. Nafasnya naik turun kencang hendak hilang sabar. "Lepas apa yang aku buat...kau senang-senang je lepas tangan!?"marahnya selantang mungkin. Mujur tiada siapa di kawasan tasik itu pada petang tersebut.

           Rahang Hardin berketik. "Aku dah nasihatkan kau untuk berhenti kan?Kau cakap apa?Kau yakin yang kau boleh jatuhkan Hayden kan...kemudian nak salahkan aku pulak apahal!Aku dah beritahu kau awal sebelum kau lakukan hal ni...tapi kau still jugak nak buat!"

Noah menjadi berang!

             "Fine!"lafaz dia kasar-kasar. "Kau hamak sangat kan dengan relationship kau dan Hayden kau...berkawan la kau situ sampai ke lubang kubur! Kalau aku mati!Kau orang semua akan ikut mati sekali!"

             Hardin mengeluarkan tangan dari poket kot semasa hadapkan badannya ke Noah."Kau dah kenapa!Nak ugut-ugut orang!Kau sedar tak apa kau katakan ni!Cukup-cukup la tu...berhenti sebelum terlambat!!"

             "Asal?Kau takut ke dengan Hayden tu?Kau takut mati?"ejek Noah dengan sengih mengejeknya.

              Hardin pandang Noah dengan perasaan penuh kecewa dan terkilan. Dia sedaya upaya mahu menyelamatkan Noah, tapi rakannya ini begitu nekad untuk teruskan juga niatnya itu. "Ini bukan soal takut ke tak Noah...aku nasihatkan kau sebab aku hargai kau sebagai kawan aku.."

            "Ceh!Yalah tu!Kau tak payah nak cakap baik depan aku!Ah!Sudah la!Dah itu keputusan kau. Lantak situ...aku tak nak selamanya jadi budak bawahan Hayden tu..."kata Noah dengan marah sewaktu bergerak ke pintu kereta dan masuk ke dalamnya.

Deruman enjin kedengaran tidak lama kemudian sebelum kenderaan yang dipandu Noah itu pergi meninggalkan Hardin sendirian.

Dan pemergian Noah diperhatikan oleh Hardin sehingga la kereta tersebut jauh di mata. Lantas, dia palingkan kepala ke pemandangan tasik pada waktu senja itu.Membuatkan Hardin terimbas kembali akan perbualannya dengan Hayden semasa lelaki tu menerima rawatan di hospital. Sehingga kini dia tidak habis fikir, kenapa Hayden masih tidak kenakan tindakan terhadap Noah setelah mengetahui hal sebenar.

            "Aku ada sesuatu yang nak diberitahu pada kau ni Hayden.."katanya Hardin dengan perlahan semasa rakan baiknya itu sedang terlantar di atas katil menerima darah gara-gara kecederaan yang dialaminya.
 

             "Apa?"kening Hayden sedikit berkerut.

             "Sebelum tu aku minta maaf awal-awal sebab rahsiakan hal ni dari kau sejak awal lagi. Patutnya lepas aku dapat tahu, aku beritahu kau...tapi tak.."Hardin berkata sambil tunduk memandang ke jari jemarinya yang ada sisa darah dan calar sewaktu bertarung dengan penyerang mereka.

            "Pasal apa kau nak mintak maaf?"

             Hardin tarik nafas lalu lepaskannya dengan pendek mencari semangat, sebelum angkat mata memandang Hayden di depannya. "Noah yang rancang semua ni, dia yang dedahkan lokasi kita dekat fun fair tu sebab dia nak take over kuasa kau...aku dah nasihatkan dekat dia untuk hentikan semua idea gila dia ni...tapi Noah tak nak, aku tak tahu pulak hal boleh jadi rumit macam ni...sampaikan pihak polis salah faham dengan keluarga kau...dia fikir semua kegiatan jenayah ni berpunca dari kau walhal Noah la yang mencanang nama kau ke seluruh samseng dan gangster yang ada untuk dapatkan keuntungan...."

Tanpa berkata-kata Hayden dengan tenang mendengar semua penjelasan itu tapi tidak tunjuk pun sedikit reaksi di wajahnya.

              "Aku tahu aku pun salah sebab diamkan hal ni...aku mintak maaf..disebabkan Noah jugakla kau bunuh tauke bangunan tempoh hari...kalau Noah tak buat cerita kau mungkin takkan marah."tambah Hardin lagi.

Dengusan kecil kedengaran.

             "Ya ke...nak buat macam mana..benda nak jadi..dalam dunia ni tak pernah ada yang jujur...semuanya kalau boleh nak tikam kawan dari belakang.."sengih Hayden walaupun dia sebenarnya tidak larat.

Ekoran rasa malunya, Hardin tundukkan kepala memandang ke bawah. Dia malu dengan Hayden sebab kalau bukan sebab ayah Hayden dan Hayden sendiri, dia mungkin sudah lama mati di bawah jagaan ibunya yang menagih dadah. Ayah Hayden la yang telah jadikan Hardin sebahagian dari organisasi mereka sehingga kan Hardin dijadikan sebagai anak angkat oleh seorang mafia. Dan bila ayah angkatnya meninggal dunia, Hayden la yang tolong bantu Hardin kekalkan posisinya di dalam kumpulan mafia milik ayah Hardin.

         "Maafkan la Noah...dia masih muda dan tidak berfikir panjang...aku harap kau tak marah pada dia sangat." pinta Hardin dengan susah payah.

        "Tengoklah mood aku macam mana..."










🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Perasan tak?😅

So sorry sangat kalau cerita mafia tinta tak seromantik cerita mafia dari karya yang lain. Tinta cuba untuk buat, tapi entah kenapa susah sekali hendak mencipta jalan cerita yang sweet dan romantic tu kalau ia melibatkan action dan thriller...

🤣

Bagi siapa yang setia meneruskan bacaan nukilan Tinta ini...Im so appreciate your dedication and support... 🥰❤️

Mungkin ini satu petanda yang Tinta kena berhenti dari berkarya sebab hasil nukilan Tinta tidak seperti sebelum ni.

🤗

Sorry lagi sekali!

Keep reading.

Keep voting.

Tinta gonna keep writing.

38. Bila Sudah BenciWhere stories live. Discover now