12
🌼🌼🌼
Uninvited Guest
🌼🌼🌼🌼🌼
"Arghh!!!"
"Wei!Sakit!Sakit!"
"Alah...sikit je...tunduk la lagi.."
"Bawah lagi...kita kena panaskan badan betul-betul.."
"Warm up kepala kau!Ini nak patahkan tulang aku namanya!"
"Auw-auw..kaki aku nak koyak!Gina lepaskan aku!"
Walaupun mereka berempat lain kelas, tapi aktiviti kelab mereka sama. Iaitu kelab netball wanita. Menggunakan waktu yang ada selepas kuliah, mereka sering beriadah di gelangang netball indoor dalam gimansium. Biasanya macam tu la sebab kelab basketball lelaki buat aktivit dekat gelangang outdoor. Nak fair and square mereka berbuat begitu la ketetapannya.
Lapan orang gadis yang berbaju uniform netball masing-masing di tengah gelanggang sedang melakukan aktiviti memanaskan badan. Termasuk la Rossie, Gabby, Tania dan Gina di situ. Biasanya ada jurulatih mereka sekali, tapi wanita itu cuti Panjang kerana baru bersalin. Mahu tak mahu terpaksa la mereka berlatih sendiri dan lakukan kajian bersempena pertandingan antara semester sewaktu carnival musim bunga campus mereka itu.
"Kau sure kau nak main?Kau kan baru sihat.."tanya Gina sambil buat renggangan di tangan kanannya kepada Rossie yang duduk di lantai membuat split 180 darjah.
Tania pandang menoleh ke Rossie. Menunggu apa agaknya alasan Rossie kali ni.
Sambil tersenyum manis Rossie mengangguk kepala. "So sweet kau risaukan aku...tak ada apa la..sakit aku tak serius mana pun.."ujarnya sebelum bangun dari situ.
"Jangan sakit la eh...tak ada kau sunyi wei.."beritahu Gabby sambil merangkul bahu Rossie.
Tania yang perhatikan Rossie pandang dengan renungan yang tidak dapat ditafsirkan. Seakan dalam konflik hendak mengatakan sesuatu.
"Okay!Girls!Teams up!"laung kapten pasukan di hujung gelanggang dengan lantang.
Mereka semua pun mula berjogging dan berkumpul di hadapan ketuas pasukan mereka itu. Buat seketika kapten memberi penerangan dan briefing mengenai Teknik latihan dan strategi mereka sebelum memulakan latihan.
20 minit kemudian, latihan berlangsung tanpa masalah.Suara mereka melaung dan seretan tapak kasut getah menghuni ruangan gimansium itu. Punya la tekun mereka sampaikan, ketika itu didatangi dengan pelawat mengejut seorang pun tidak perasan.
Sehingga la bola yang dipegang seorang dari mereka terbang tinggi di Udara hingga tersasar dari cengkaman rakan dan melayah ke satu arah.
Berdesup laju bola itu melayah masuk ke dalam tangan seseorang.
Membuat semua gadis di situ berdiri kaku memandang ke tepi gelanggang dimana pelajar dari pasukan bola keranjang berada. Untuk seketika mereka semua diam membisu tercegat di situ memastikan yang mereka tidak salah tengok.
"Sorry ganggu."sengih Izack di situ saat memandang setiap seorang di situ dengan bola di dalam tangan yang dia sempat sambut tadi. "Boleh kita orang tumpang main dekat sini...luar hujan pulak.."
Antara lapan orang di situ, hanya empat orang sahaja yang tidak terkesan dengan kehadiran kumpulan itu. Kalau pelajar lagi akan fangirl mereka, tidak empat orang sekawan itu.
YOU ARE READING
38. Bila Sudah Benci
RomanceHayden Mikhael seorang badboy tipikal yang bertatu dan mengenakan kereta mewah. Dia telah memiliki semua yang dia mahukan melalui ayahnya, ketua kepada mafia Itali. Dia menghadiri kolej dimana tempat dia menjadi 'mafia' kepada mana-mana perempuan ya...