Chapter : 51

1.7K 140 3
                                    

51

🌼🌼🌼

Exposed

🌼🌼🌼🌼🌼🌼


Dendangan lagu perlahan memenuhi ruangan bar tingkat bawah tanah itu. Tidak sesibuk kelab malam, tempat itu dikunjungi beberapa orang pengunjung sahaja melalui reservation sahaja. Dan di situ duduknya Hayden sendirian atas bangku kaki panjang di kaunter bar.

Empat gelas telah di kosongkan, bekas putung rokong sudah penuh dengan abu tergeletak di hadapannya.

Dalam keadaan tidak terurus, rambut kusut seperti dilalukan jari berkali-kali,tali leher longgar, lengan bahu disinsing malas ke siku dan di tuck in sebelah sahaja dalam seluar.

Sejak pulang dari pengebumian Hardin, Hayden tidak pulang ke rumah terus. Dia biarkan Rossie menginap sama Tania sementara dia cuba tenangkan fikiran dan lapangkan dadanya pada malam itu. Kerana itu dia ada di situ sekarang.

Dua jari runcing itu memegang gelas pendek tersebut sebelum dipusing-pusingkan isinya sekeliling tanpa sebab oleh Hayden. Sambil tu dia termenung memandang skrin telefon yang gelapnya.

          "Sini rupanya kau.."tegur Izack dengan tiba-tiba di sebelah.

Tidak tersentak, Hayden diam membisu di situ enggan mempedulikan rakannya.

Dengan muka teragak-agaknya Izack pandang tepi muka Hayden untuk seketika tanpa mengatakan apa-apa. Dia sedang berkira-kira sama ada patut ke dia beritahu atau tidak. Atau diamkan diri sehingga Hayden sendiri yang bertanya kepada dia. Izack dalam dilemma.

Beberapa saat kemudian, Hayden meletakkan gelas yang dipegangnya ke bawah. Puntung rokok yang ada di celah jari di bawah ke bibir lalu di sedut asap itu sedalam-dalamnya. Hanya rokok sajalah satu-satunya 'dadah' paling mujarab buat dirinya waktu itu.

          "Aku dah jejak Noah...kalau kau nak tahu..."Izack cuba bersuara lagi.

Baru lah Hayden terkutik, tetapi matanya menjeling ke tepi sahaja. Dia tidak gerak memandang Izack sewaktu asap rokok tadi di hembus ke udara.

          "Kalau kau nak aku boleh dapatkan dia?Balas balik lepas apa yang dia buat pada Hardin..."sambung Izack lagi.

         Tiba-tiba Hayden ketawa kecil, wajah sugul letihnya berubah reaksi. "Kau tahu rupanya yang Noah adalah punca kemalangan tu?Tak ingat pulak aku pernah beritahu kau pasal tu?Sedangkan dari awal kau kata yang kau tak tahu apa yang berlaku?"selorohnya berbaur sindiran.

Terpempan Izack di buatnya. Dia pandang tidak berkedip ke Hayden seperti rusa tertangkap di tengah jalan raya!

         "Hayden, aku-"

          Kepala Hayden dengan pantas berpaling ke Izack. Dia pandang muka tu dengan renungan letih. "Apa je kau...just stop it. Aku dah tahu segalanya. Siapa kau yang sebenarnya selama ni"dia kembali memandang minumannya.

Mulut Izack terbuka sedikit saat dia perhatikan Hayden teguk hingga habis minuman dalam gelas itu. Tanpa sedar dia turut menahan nafas terkejut.

         "Mesti kau terkejut kan...macam mana aku tahu?"hujung bibir Hayden menjungkit sinis. Gelas yang telah kosong itu di genggam sekuat hati menahan sabar.

         "A-apa yang kau cakapkan ni?"dalih Izack sedaya upayanya. Dia acah-acah ketawa untuk hilangkan ketegangan di antara mereka berdua.

          "You know exactly what I mean just now, Deputy Inspector Alec Benjamin...a.k.a Izack Liam..."ujar Hayden bernada lucu. "Itu nama sebenar kau kan?"pandangnya semula ke Izack dengan sengih meleret di bibir. Ya, dia sebenarnya sudah tahu siapakah Izack yang sebenarnya pada masa dia tahu Noah adalah punca kenapa semua masalah ini timbul. Pada hari dia tahu Noah adalah pengkhianat, anak buahnya juga bekalkan dia maklumat mengenai Izack sekali.

Kalau boleh jantungnya melucut jatuh dari tangkainya, sudah lama ia tertanggal. Dan itu la yang dirasai Izack waktu itu. Dia begitu terperanjat mendengar kenyataan itu. Hayden dah tahu!?

          "A-aku.."gagap-gagap Izack hendak mulakan bicaranya kerana begitu bingung dan takut saat itu.

SPRANG!

Gelas yang digengam Hayden tadi pecah sebaik ia di hentak kuat oleh lelaki itu di atas meja tersebut. Mengejutkan bartender yang ada di belakang kaunter tersebut. Izack apa lagi, dia hampir melompat dari tempat dia duduk di bangku itu.

Tangan kanan itu berdarah. Namun sedikit pun tidak dihiraukan Hayden. Hal itu kerana rasa kecewa yang dirasainya mengalahkan sakitnya ketika itu. DIa bangun lantas men cekau kolar baju sebelum menarik Izack turun dari bangku tu kasar-kasar.





🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

38. Bila Sudah BenciWhere stories live. Discover now