Ini dia trailer untuk buku <Unknown Cat : The Second Wave>.
Harapnya anda semua berpuas hati dengan hasilnya. Akan tetapi, aku tidak punya apa-apa hak ke atas video ini. Hanya sekadar peminjam sahaja.
「Recap Story」
Himari merupakah seorang gadis yang tinggal bersendirian di samping neneknya, Monika. Selama dia hidup, dia baru tahu selama ini dia dibesarkan oleh seekor kucing daripada dunia 9 dimensi bernama Lie.
Sejak usianya mencecah 17 tahun, makhluk yang menggelarkan dirinya raja raksasa hadir untuk menuntut bela haknya.
"Aku telah kongsikan satu daripada nyawa aku kepada kau. Kau sudah pun mati sebelum ini.", Lie berkata kepada Himari dengan nada yang tegas.
Bermula daripada itu, Lie kini tinggal bersama Himari. Akan tetapi kehidupan Himari bertambah kacau bilau apabila makhluk 9 dimensi berpusu-pusu memburunya. Mujurlah adanya Lie sang raja raksasa yang setia melindunginya.
Himari dan Lie juga bekerjasama dengan enam makhluk 9 dimensi terpilih untuk bersama-sama menewaskan Ratu Kegelapan Dimensi, Kurayami no joo. Begitu banyak halangan dan saingan yang dihadapi oleh mereka.
Demi menjamin kemaslahatan dunia 6 dimensi, Lie sudah mengorbankan nyawanya dalam pertempuran dengan Kurayami no joo yang cukup dahsyat itu.
「End of Recap」
![](https://img.wattpad.com/cover/241285363-288-k996789.jpg)
YOU ARE READING
Unknown Cat : The 2nd Wave©
FantasyGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/ADVENTURE) [BOOK 2] 🌸🌸🌸 3 tahun sudah berlalu selepas tamatnya peperangan kurayami no joo. "Sudah banyak berubahlah dunia 6 dimensi ini." Jejak langkah lelaki ini di atur perlahan ke pusat bandar utama di situ. Setelah...