2.22 : "Is This The End?"

65 13 4
                                    

Pukul 3.30 pagi, satu gegaran berlaku di kawasan Himari dan mereka yang lain-lain menapak. Gegaran yang cukup kuat itu telah memaksa seluruh makhluk di pelusuk bumi berlari keluar daripada kediaman masing-masing.

Sheila : "Apa bendanya itu?"

Nousagi : "Gempa bumi ke?"

Lie : "Tak mungkin."

Himari : "Aku tak ada nampak apa-apa benda pun yang menyebabkan gegaran ini. Kalau bukan gempa bumi, apa dia?"

Lie : "Aku pun tak pasti."

Betapa terkejutnya mereka apabila melihat langit kini sudah terbelah. Kejadian alam apakah itu?

Doku : "Itu...."

Lie : "Pintu dimensi?"

Sheila : "Nak kiamatkah ini?"

Himari : "Tak...."

Lie : "Siapa sahaja yang mampu membuka pintu dimensi itu?

Semakin lama semakin kuat angin yang bertiupan. Siapa sangka pintu dimensi itu mempunyai keupayaan untuk menyedut segala isi bumi ini?

Himari : "Tak! Tolong, Lie!"

Himari secara tidak langsung perlahan hendak di sedut ke dalam gelombang dimensi tersebut.

Lie : "Himari!"

Dengan tangkas, Lie menyambut tangan Himari. Dia menjelmakan sebilah pedang lalu dipasakkannya di atas tanah.

Lie : "Pegang kuat-kuat! Kena cari jalan untuk tutup pintu dimensi sebelum kita semua di sedut ke dalamnya."

Nousagi : "Tak ada idea...."

Himari : "Apa yang terjadi ini? Adakah kita sedang bermimpi."

Sheila : "Aku pasti ini bukanlah mimpi."

Tidak lama kemudian, gelombang angin yang menyedut mereka melemah. Namun satu lagi malapetaka apabila susuk tubuh makhluk yang begitu menggerunkan merayap keluar daripada pintu dimensi itu. Seraya makhluk itu bersuara.

"Bersedialah untuk tunduk hormat kepada raja dimensi kamu."

Ryou : "Raja dimensi?"

Alangkah terkejutnya mereka melihat terdapat jutaan crop hitam berterbangan melepasi pintu dimensi tersebut. Kesemua mereka menggigil ketakutan menyaksikan keadaan dunia yang bakal berakhir.

Ryou : "Nousagi? Kenapa ini?"

Doku : "Kalau crop hitam sudah melepasi pintu dimensi itu...."

Lie : "Maksudnya dia dah tawan kesemua dimensi sebelum ini."

Himari : "Tak akanlah.... Macam mana dengan Kori dan yang lain-lain?"

Lie : "Aku risau yang dia orang dah tiada lagi."

Himari : "Tak mungkin...."

Air mata jernih mengalir menerusi pipi Himari. Jikalau benar apa yang telah diperkatakan oleh Lie, maka hanya tinggal dunia sembilan dimensi sahaja yang masih belum di tawan oleh crop hitam.

Kazuo : "Tak ada masa nak menangis sekarang ini! Masa untuk perang!"

Kesemua crop berkelas S dari seluruh pelusuk dunia dimensi sudah berkumpul untuk menentang kesemua crop hitam yang mendatang.

Shifu Giel : "Dah tiba masanya untuk kita berperang. Dia yang menggelarkan dirinya sebagai raja dimensi itulah pencetus kepada crop hitam. Sekarang ini, dia dah tawan kesemua dimensi yang ada."

Unknown Cat : The 2nd Wave©Where stories live. Discover now