Kedudukan sekarang ini, zon barat mendahului. Diikuti oleh zon selatan, zon timur dan zon utara.
Kini, kesemua pasukan sedang berehat. Pengkalan mereka boleh di teleportasi di mana sahaja yang mereka mahukan.
Lie : "Himari.... Tak payahlah sampai macam ini. Aku tak penat mana pun."
Himari sedang memicit-micit belakang Lie. Risau sungguh dia terhadap Lie.
Himari : "Aku tahu itu tapi badan kau mesti ada sakit-sakit juga kan? Kesian kau."
Lie : "Hmm.... Jangan salahkan aku kalau jari kau sakit."
Himari : "Buat apa aku nak salahkan kau? Apalah kau ini?"
Hampir 15 minit Himari mengurut belakang Lie. Dia kemudiannya hendak melakukan aktiviti rutin seterusnya.
Himari : "Dah. Aku nak masak."
Himari segera mengatur langkah keluar dari bilik. Sesudah itu, kesemua mereka mula bersiap-siap makan malam dan seterusnya masuk tidur.
🌸🌸🌸
Pada keesokan hari seperti kebiasaannya, Lie sudah tiada di atas katilnya sebaik sahaja Himari bangun dari tidur.
Himari : "Huh? Dia berlatih lagi ke?"
Himari menjenguk ke luar tingkap biliknya. Lie sedang berlatih berbahankan pokok-pokok di luar.
Himari : "Rajin betullah dia.... Jangan jadi apa-apa sudahlah."
Hari semakin terik. Misi mereka perlu diteruskan bagi merebut gelaran juara.
Doku : "Misi kedua kita di mana?"
Sheila : "Terus ke Bandar Acropolice."
Lie : "Ayuh kita gerak."
Sejurus itu, Lie menjelmakan sebuah motorbike yang ala-ala Formula one. Dengan pantas, crop pasukan barat bertolak ke Bandar Acropolice.
🌸🌸🌸
Masa yang diperuntukkan untuk mereka tiba di sana adalah 30 minit. Ianya sebuah Bandar yang kelihatannya sangat sibuk dengan pengunjung.
Nousagi : "Okey. Now what?"
Himari melihat misi yang perlu mereka laksanakan. Betapa geli hatinya Himari dengan misi mereka pada kali ini.
Himari : "Ahahah.... Seriuslah? Pergi ke Café Latte De Ich."
Lie : "And?"
Ryou : "Jadi pelayan di sana. Tarik seberapa ramai pelanggan yang boleh. Target dua ratus orang pelanggan. Capai target ini dan misi kedua kita selesai."
Lie, Nousagi dan Doku membisu tak terkata apa-apa. Boleh dikatakan tidak masuk akal misi mereka kali ini.
Nousagi : "Nasib baik aku dah biasa jadi pelayan ini."
Nak tak nak, Lie dan Doku terpaksa akur dengan misi mereka.
Lie : "Haiz.... Terpaksalah. Tiada pilihan lain."
Kaki di atur terus ke Café Latte De Ich seperti yang tertakluk dalam peta. Kehadiran mereka bertiga di sambut baik oleh ketua restoran itu.
Kirana : "Hai, nama saya Kirana. Saya bos di sini. Misi kamu ialah tarik dua ratus orang pelanggan ke kedai ini. Caranya terpulang kepada kamu semua dan kamu semua dibenarkan menggunakan elemen kamu untuk menarik pelanggan ke sini."

YOU ARE READING
Unknown Cat : The 2nd Wave©
FantasyGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/ADVENTURE) [BOOK 2] 🌸🌸🌸 3 tahun sudah berlalu selepas tamatnya peperangan kurayami no joo. "Sudah banyak berubahlah dunia 6 dimensi ini." Jejak langkah lelaki ini di atur perlahan ke pusat bandar utama di situ. Setelah...