2.12 : "Drunk Himari?"

57 14 3
                                    

Selesai sahaja pertarungan mereka, Lie dan Himari duduk berduaan di dalam bilik latihan tersebut.

Lie : "Jadi apa yang kau nampak?"

Himari : "Hmm...."

Secara spontan Himari memeluk Lie. 

Himari : "Aku nampak kau masa kecil sedang menangis."

Lie : "*Sodesu ka...."

*Begitu rupanya...."

Himari : "Aku tahu hati kau masih remuk. Tak di terima dalam keluarga hanya sebab gelaran. Hati kau seram sejuk dan hanya disinari dengan cahaya lilin yang membakar. Aku tak sengaja terpadamkan kesemua lilin itu. Tapi... jangan risau. Aku janji lepas ini tak akan ada sesiapa pun yang akan buang kau. Aku tak akan lepaskan kau, Lie."

Lie tersenyum ke arah Himari. Tanpa disedari matanya mula mengalirkan air.

Lie : "*Arigatogozaimasu.... Himari..."

*Terima kasih banyak-banyak....*

Himari : "You have a kind heart. Don't faded it."

Lie : "Himari...."

Himari : "Ya?"

Lie : "*Aishitemaisu...."

*Aku cintakan kau....*

Lie berkata dengan suara yang sangat perlahan. Hampir mustahil untuk Himari mendengarnya.

Himari : "Kau cakap apa, Lie?"

Lie : "T... tak ada apa-apa. Marilah kita pergi."

Spontan Lie mengorak langkah untuk berjalan pergi dari situ. Hairan sungguh Himari melihatkan reaksi Lie itu.

Himari : "Eh, Lie! Tunggulah...."

Dalam masa yang sama, Yorie juga tiba di situ. Sudah pasti adanya berita yang dibawakannya.

Yorie : "Tuan!"

Lie : "Apa lagi yang kau nak?"

Yorie : "Ada misi untuk tuan."

Belum sempat untuk Yorie meneruskan percakapannya, sebilah kapak entah daripada mana sudah mendarat disebelahnya.

Lie : "Kau suruh orang lain settle boleh tak?"

Memucat wajah Yorie di situ. Nampak jelas aura membunuh sedang mengelilingi Lie.

Yorie : "M... maaf, tuan! Tapi kerja ini perlukan crop gred A macam tuan."

Lie : "Tak ada sesiapa lagi ke yang gred A selain aku dekat pengkalan ini?"

Yorie : "Yang lain semua tengah ada misi masing-masing.... Tinggal tuan sahaja."

Himari : "Crop pun ada gred-gred dia juga ya?"

Himari selamba menyampuk perbualan mereka.

Lie : "Of course, Himari-chan.... Macam kau orang juga. Ada kelas-kelasnya."

Mendengarkan kenyataan daripada Yorie, terpaksalah Lie menerima tugasan tersebut.

Lie : "Cepatlah.... Apa misinya?"

Yorie : "Tuan kena berjumpa  dengan Jess di tingkat bawah."

Lie sekali lagi merungut. Banyak betul arahan yang diterimanya.

Unknown Cat : The 2nd Wave©Where stories live. Discover now