2.09 : "The Twin Crop"

65 14 2
                                        

Malam itu juga, Lie dan Himari tiba di menara rahsia crop. Mujurlah Kori tidak terlalu sibuk untuk merawat luka pada tapak kaki Lie.

Kori : "Bertahan sedikit...."

Lie : "It hurts...."

Sesudah Kori meletakkan ubat pada luka Lie, dia kemudiannya membalut kemas kaki Lie.

Kori : "Okey.... Sudah selesai. Sekarang ini, kau kena banyak berehat tau?"

Mata Lie mulai kuyu dan dia turut menguap. Dia mula tersengguk. Nampak sangat yang dirinya tersangatlah penat.

Kori : "Apa kata malam ini kau orang tidur sahaja di menara ini?"

Himari : "Okey. Memandangkan Lie pun dah terawang-awangan ini.... Betul tak, Lie?"

Dengan sengajanya Himari menyiku bahu Lie. Tersentak Lie yang masih lagi mamai itu.

Lie : "Haa? Apa dia Himari?"

Himari : "Ihiks.... Tak ada apa-apalah Lie. Jom tidur...."

Lie : "Aku setuju dengan idea kau itu. Aku tengah mengantuk sangat ini...."

Tanpa berlengah, kaki mereka di atur masuk ke dalam sebuah bilik dengan dua katil bujang. Itulah peluang Lie untuk merebahkan dirinya.

Himari : "Hmm.... Kesian Lie. Tapi... betul ke dia nampak Chikau? Aku... tak nampak pun?"

Disebabkan tubuhnya Himari tersangat penat, dia tidur dengan begitu lena pada malam itu.

🌸🌸🌸

'Tik.... Tok.... Tik.... Tok....'

Jam kini sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi.

Lie : "Graah?"

Tanpa sebarang angin, Lie tersentak bangun dari tidur. Muka dia berkerut dan badannya menggigil. Barangkali dia di serang dengan mimpi ngeri.

Lie : "It's just a dream.... Ah.... Bukan sekali lagi. Hentikanlah semua ini."

Lie menepuk dahinya. Entah kenapa wajah Chikau sukar untuk dipadamkan daripada ingatan.

Lie : "Kenapa aku tak boleh berhenti fikir fasal dia? Chikau.... Where have you gone? Kau ini apa sebenarnya?"

Tengah-tengah pagi buta Lie meragam sendirian. Mujurlah ragamannya tidak mengganggu tidur mereka yang lain-lain. Jikalau tidak, sudah semestinya di akan di halau keluar dari situ serta merta.

🌸🌸🌸

Pagi yang begitu indah sudah menjemput. Malangnya ianya tidaklah seindah bagi Lie. Suara maut yang amat dibencinya Lie sudah bergema di dalam bangunan menara itu.

Shifu Giel : "Pergi bersiap! Ada misi untuk kau pagi ini...."

Awal-awal pagi lagi Lie sudah dikerahkan oleh Shifu Giel melalui Yorie untuk misi seterusnya.

Lie : "Apa masalah orang tua ini?"

Shifu Giel : "Jangan nak banyak alasan, Lie."

Kori : "Apa misinya, Shifu?"

Shifu Giel : "Baiklah."

Tiba-tiba keluarnya hologram daripada mata Yorie. Ianya imej seorang budak perempuan dengan rambut perang ikal.

Shifu Giel : "Budak ini sedang diekori oleh dua crop hitam. Misi kamu ialah untuk selamatkan budak ini. Faham?"

Himari : "Faham."

Unknown Cat : The 2nd Wave©Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang