Ianya pagi yang sangat indah di No Names. Himari bangun dari tidurnya yang lena.
Himari : "Wah...! Bestnya dapat tidur."
Himari memandang ke arah katil Lie disebelahnya. Seperti biasa ianya kosong.
Himari : "Dia training lagi?"
Himari bergegas bangun seraya bergerak ke bilik gimnasium. Seperti yang telah dijangkakan, Lie sedang mengasah staminanya di situ.
Himari : "Kau ini memang tak mengantuk ya? Tidur empat jam sahaja. Selepas itu, buat kerja berat-berat. Hati-hati.... Tangan kau masih belum baik lagi itu. Lepas ini nak buat check-up."
Lie : "Ye. Kau asyik sibukkan aku sahaja, kau dah siap ke?"
Himari : "Aku baru nak bersiap ini. Kau tunggu sekejap ya?"
Lie membuat muka malasnya dengan jawapan Himari.
🌸🌸🌸
Setelah selesai segala urusan, mereka berdua bergerak ke bilik kajian Jess untuk sesi pemeriksaan kesihatan Lie seperti yang telah dijadualkan.
Jess : "Lambatnya kau orang."
Lie : "Aku tunggu orang itu bersiap."
Seraya Himari menjeling ke arah Lie yang sengaja menyindirnya.
Jess : "Okey.... Mari aku teruskan agenda kita."
Setengah jam masa yang diperlukan Jess untuk memeriksa tahap kesihatan Lie.
Jess : "Baiklah. Tangan kau dah nampak adanya perkembangan yang positif. Pastikan kau tak buat kerja yang terlalu berat."
Lie : "Dah macam mak-mak gaya kau ini."
Jess : "Apa-apa sahajalah. Satu lagi, Shifu Giel nak jumpa kau orang berdua di bilik mesyuarat."
Lie : "Bilik mesyuarat? Bukan sekarang ini semua crop kelas S tengah adakan mesyuarat ke?"
Jess : "Kesemua crop kelas S nak berjumpa dengan kau orang."
Tercengang kedua-dua mereka yang berada di situ. Malangnya, arahan tetap arahan. Mereka bergegas ke bilik mesyuarat seperti yang telah diarahkan.
Himari : "Mereka sedang bermesyuarat. Patutkah kita masuk sahaja?"
Lie : "Aku tak tahu. Tapi kalau kita tak ikut arahan, mahu teruk kena marah nanti."
Sedang-sedang mereka berdua berbincang di hadapan pintu bilik mesyuarat, Sho tiba-tiba sahaja membuka pintu itu.
Sho : "Oh? Kau dah sampai. Masuklah. Tunggu apa lagi?"
Nak tak nak, mereka terpaksa masuk ke dalam bilik itu.
Shifu Giel : "Kau ini memang tak boleh tepati masa ya?"
Lie : "Maaf. Aku takut masuk bilik ini sebenarnya."
Semua dah membuat muka pelik dengan jawapan Lie. Entah apalah yang ditakutkan Lie agaknya?
Fumio : "Kenapa? Ada hantu ke?"
Lie dan Himari dengan perlahan melabuhkan punggung mereka di atas kerusi kosong di dalam bilik mesyuarat itu.
Lie : "T... tak.... Hantu itu aku dah biasa nampak."
Lie berkata ambil memandang seorang perempuan crop berkelas S dengan roh tengkorak kelilingnya.
YOU ARE READING
Unknown Cat : The 2nd Wave©
FantasyGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/ADVENTURE) [BOOK 2] 🌸🌸🌸 3 tahun sudah berlalu selepas tamatnya peperangan kurayami no joo. "Sudah banyak berubahlah dunia 6 dimensi ini." Jejak langkah lelaki ini di atur perlahan ke pusat bandar utama di situ. Setelah...