Mereka pun pulang ke rumah masing-masing. Hari yang memenatkan itu perlu dilabuhkan tirainya dengan segera.
Lie : "Kita nak ke mana ini, Himari?"
Himari dan Lie masih lagi berlegar di tengah-tengah bandar.
Himari : "Kita akan ke kedai nenek."
Lie seraya mengangguk. Tiba di kedai Nenek Monika, ianya merupakan sebuah bangunan yang sangat suram. Jangan katakan hantu, makhluk asing pun enggan tinggal di situ.
Lie : "Ini ke kedainya? Kenapa tak ada rupa kedai pun?"
Himari : "Hmm.... Kedai nak bankrap. Biasalah itu. Marilah masuk."
Masuk sahaja ke dalam bangunan itu, Lie asyik terbersin-bersin dek kerana habuk yang tersangat banyak. Entah bilakah kali terakhir Himari bersihkan kawasan itu.
Lie : "Hi... Himari.... Bila kali terakhir kau bersihkan kedai ini?"
Himari : "Ketika mana nenek masih hidup lagi...."
Tidak hairanlah mengapa suasana kedai itu begitu tidak terurus.
Himari : "Entahlah.... Lepas nenek tak ada, aku langsung tak bersemangat."
Himari termenung sendirian di hadapan pintu masuk kedai itu.
Lie : "Don't be upset. Kau tak boleh terus macam ini. Yang mati tak akan hidup balik walaupun kau menangis air mata darah sekali pun. Selagimana kau masih hidup... kau kena terus berusaha untuk maju dan bangkit. Lagipun... kau tak sendirian lagi kan? Aku ada untuk tolong kau."
Himari sangat terharu akan kata-kata Lie. Akhirnya adanya bahu untuk dia bersandar padanya. Pelukan erat diberikan Himari kepada Lie.
Himari : "Thank you, Lie...."
Lie : "Tidak mengapa. Ianya sudah menjadi tugas aku untuk menjaga kau. Okeylah, dah tiba masa untuk kita kemas kedai ini."
Sejurus Lie melepaskan pelukan Himari. Kedua-duanya bersiap untuk mengemas kawasan kedai serbaneka itu.
Walaupun hendak mengemas, Lie tetap nampak segak sehinggakan Himari tidak berkelip mata menyaksikannya. Ibarat bidadara syurga gayanya itu.
Lie : "Himari? Kenapa kau pandang aku begitu?"
Himari : "Eh? T... tak ada apa-apa."
Himari kembali sedar dari lamunannya. Wajahnya kian memerah bak sejambak mawar.
Himari : "Walaupun hanya nak mengemas sahaja tetapi kau tetap menarik perhatian."
Wajah kosong Lie ditatapnya Himari. Adakah Lie faham apa yang cuba Himari sampaikan itu?
Lie : "Himari...."
Himari : "Maaf!"
Lie : "Eh, tak? Aku yang sepatutnya minta maaf sebab asyik mencuri perhatian kau. Aku akan mulakan mengemas dahulu ya?"
Lie bingkas mengambil bulu ayam dan mula membersihkan habuk-habuk di rak dan dinding. Sementara Himari pula, bertugas untuk menyapu lantai kedai itu.
Usai tugas mereka, kedua-dua Lie dan Himari bersama-sama menyusun barang-barang di bahagian barangan jahitan.
'Ktak!'
Segulung benang merah jatuh bergolek dari tempatnya. Bebola benang itu menghentam kasut Lie. Akan tetapi reaksi Lie hanya memerhatikan benang itu di mana tempatnya berada sahaja.
Himari : "Lie?"
Lie : "ye?"
Himari : "Kenapa kau tak ambil benang itu?"
![](https://img.wattpad.com/cover/241285363-288-k996789.jpg)
YOU ARE READING
Unknown Cat : The 2nd Wave©
FantasyGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/ADVENTURE) [BOOK 2] 🌸🌸🌸 3 tahun sudah berlalu selepas tamatnya peperangan kurayami no joo. "Sudah banyak berubahlah dunia 6 dimensi ini." Jejak langkah lelaki ini di atur perlahan ke pusat bandar utama di situ. Setelah...