2.08 : "Chikau?"

58 14 3
                                    

Ianya suatu pagi yang begitu cerah buat semua penduduk bumi. Himari bangun daripada tidur dan sarapan sudah tersedia di atas katil. Ibarat layanan di syurga dirasakannya.

Lie : "*Ohayogozaimasu...."

*Selamat pagi...."

Himari : "Eh?"

Lie : "Jemput makan, tuanku permaisuri."

Terkejut Himari melihat Lie sudah tercegat disebelahnya.

Himari : "Ish, dia ini! Kau tidur mana malam tadi, Lie?"

Lie : "Aku tidur dekat ruang tamu. Tak akanlah aku nak tidur dalam bilik ini dengan kau?"

Himari hanya tersengih sambil menggaru kepala apabila mendengar usikan daripada Lie. Dia kemudiannya melihat Lie dari atas ke bawah. Lie kini sudah bersiap memakai sepasang kimono sambil duduk bersimpuh di atas lantai. Semakin hairan dia dengan tindakan Lie.

Himari : "Kau... buang tabiat apa ini?"

Lie : "Kau ini.... Sudah nyanyuk ke? Hari ini cuti musim panas kan?"

Himari baru teringat detik yang begitu bersejarah itu. Tidak terfikir bagaimana dia boleh melupakan tarikh yang begitu bermakna itu.

Himari : "Kau ingat?"

Lie : "Aku tak akan lupa tarikh keramat ini. Sebab pada tarikh inilah, kau tak sengaja tercium aku."

Muka Himari pantas bertukar menjadi merah padam. Seterusnya terus memukul kepala Lie dengan bantal. Walaupun peristiwa itu sudah sangat lama berlalu, namun detik itu masih lagi meninggalkan kesan yang sangat besar kepadanya.

Himari : "Tak payahlah ungkit!"

Lie hanya mengangkat kening sebelahnya. Barangkali tidak berpuas hati dengan respon yang ditayangkan oleh Himari.

Himari : "Tak payahlah buat muka! Aku tak sengaja kan?"

Lie : "Himari.... Muka kau merah."

Himari : "Kau diam! Mestilah aku malu. Ini semuanya salah kau!"

Wajah pasrah ditayangkan Lie kepada Himari. Betapa redanya Lie yang terpaksa menjadi mangsa tuduhan Himari. Tidak semena-mena dia sendiri terkena dengan helahnya sendiri.

Lie : "*Ja i yo~"

*Okey. Fine~"

Lie dengan perlahan mengangkat punggungnya lalu berdiri dari duduk. Kakinya ringan mengorak langkah keluar dari bilik Himari. Sebelum dia keluar sepenuhnya, dia sempat lagi menasihati Himari.

Lie : "Jangan lupa makan sarapan itu.... Aku masak sendiri tau."

Seraya melangkah sepenuhnya keluar dari bilik Himari. Hairan sungguh dia dengan tindakan Lie itu.

Himari : "Dia merajuk ke? Aneh betul perangai dia. Apa pun sarapan yang dia buatkan ini nampak menyelerakan betullah. Aku sendiri belum tentu boleh buat hidangan secantik ini."

Himari dengan lahapnya memakan hidangan sarapan yang telah disediakan oleh Lie. Setelah selesai Himari menjamu selera, dia pun mengorak langkah untuk keluar dari bilik. 

Keluar-keluar sahaja Himari daripada biliknya, Lie sedang khusyuk bermain telefon bimbitnya. Himari sangat terkejut melihat pemandangan yang tidak begitu indah itu.

Himari : "Lie?"

Sepantas kilat Himari merampas kembali telefon bimbitnya daripada tangan Lie.

Himari : "Macam mana kau boleh tahu password phone aku?"

Unknown Cat : The 2nd Wave©Where stories live. Discover now