Sedang-sedang Doku dan Lie membuat bising di hadapan restoran itu, keluarnya susuk tubuh wanita berambut biru.
Nami : "Apa bising-bising ini Doku?"
Sebaik sahaja Lie ternampak Nami dia terus menutup mulutnya. Tanpa rantai amuletnya, dia tak mampu berhadapan dengan mana-mana crop berelemen air.
Lie perlahan hendak rebah di hadapan kedai itu. Keadaan di situ bertukar menjadi kacau bilau sebaik sahaja Lie bertindak sedemikian.
Doku : "Hei? Kau okey tak?"
Tidak lama kemudian, keluar lagi susuk tubuh seorang wanita dari dalam bangunan restoran itu.
Nousagi : "Kenapa itu, Nami?"
Lemah dua kali ganda tenaga Lie apabila adanya dua elemen Nousagi dan Nami itu berada dihadapannya. Lie terus terduduk. Kain pelitup mulut dan hidungnya masih tidak lekang dari wajahnya dan masih menutup identitinya.
Doku : "Hei! Kau okey tak, Lie?"
Nousagi dan Nami terkejut mendengar Doku menyeru nama Lie.
Nami : "Lie? Apa yang kau mengarut ini, Doku? Lie mana ada dah."
Doku serta merta membuka pelitup mulut Lie. Nousagi dan Nami terkejut melihat Lie kini betul-betul berada di hadapan mata mereka lemah.
Nousagi : "Lie.... Tak mungkin."
Nami : "Sukar untuk dipercayai. Bawa dia ke bilik belakang sekarang. Kita tak boleh biarkan dia rebah di sini."
Doku menurutkan arahan Nami lalu membawa Lie ke bilik belakang restoran. Lie kemudiannya disandarkan pada dinding secara perlahan. Dia kini dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.
Nami : "Tanpa amulet dia itu, dia tak boleh berhadapan dengan mana-mana elemen air."
Nousagi : "Hmm.... Elemen dia pun lemah dengan elemen saya."
Doku : "Lah.... Kau orang ke yang buat dia rebah? Buat aku cuak sahaja."
Seraya Doku menghalakan wajah paniknya ke arah Nami dan Nousagi.
Nami : "Haah. Aku akan cuba masukkan elemen aku ke dalam badan dia. Mengharapkan ianya berkesan."
Nami menyentuh wajah Lie yang sudah kelihatan memucat. Tidak lama kemudian, tapak tangan Nami mengeluarkan cecair berwarna biru. Cecair itu meresap masuk menerusi rongga mulut Lie.
Nousagi : "Adakah ianya berkesan?"
Nami : "Risiko yang agak besar. Boleh jadi racun, boleh jadi penawar."
Doku : "Kenapa kau buat sesuatu yang begitu berisiko?"
Nami : "Kau ada cara lain ke?"
Sambil-sambil mereka bertengkar antara satu sama lain, Lie perlahan-lahan sedar daripada pitam.
Nousagi : "Lie.... Awak sudah okey ke?"
Belum sempat untuk Nousagi bertanyakan dengan lebih lanjut, Lie telah merasakan sesuatu. Mata menakutkannya sudah muncul kembali.
Nami sangat terkejut melihat perubahan Lie. Tidak tentu fasal Nami terus menamparnya.
Nami : "Apahal dengan mata kau itu?"
Lie menjelmakan selaras pistol dan diacukan ke arah Nami. Bertambah panik Nami yang berada di hadapan Lie tika itu.
Nami : "Hei! Kau ini dah gila ke apa?"
Lie : "Tunduk!"
Nami pelik dengan tindakan aneh Lie. Dia masih lagi tercegat di hadapan Lie.
![](https://img.wattpad.com/cover/241285363-288-k996789.jpg)
YOU ARE READING
Unknown Cat : The 2nd Wave©
FantasyGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/ADVENTURE) [BOOK 2] 🌸🌸🌸 3 tahun sudah berlalu selepas tamatnya peperangan kurayami no joo. "Sudah banyak berubahlah dunia 6 dimensi ini." Jejak langkah lelaki ini di atur perlahan ke pusat bandar utama di situ. Setelah...