Lie : "Ngh...."
Lie perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Dia kini terbaring di atas sebuah katil pesakit.
Jess : "Geez.... Kau cedera teruk ini."
Seraya Lie menoleh ke arah tangan kanannya di mana Jess sangat tekun merawatnya.
Lie : "J... Jess...? Aku pengsan ke?"
Jess : "Erm.... Lebih tepat lagi, kau dipengsankan. Mereka kata kau bertindak agresif lepas Himari pengsan."
Lie hanya membisu dengan kenyataan Jess.
Jess : "Terima kasih kepada kau dan Himari sebab sekarang ini, penduduk The Powder Forest dah kembali berbaik semula. Setelah sekian lamanya crop dan celestial spirit bertelanggah. Akhirnya mereka berbaik juga."
Lie : "Mana Himari?"
Jess : "Hmm.... Himari ada di bilik wad. Dia demam panas."
Lie : "Aku nak jumpa dia."
Jess : "Tak selagi kau tak di rawat sepenuhnya. Aku nak kena cuci lubang dekat tangan kau ini terlebih dahulu."
Jess dengan berhati-hati mencuci lubang pada tangan Lie dan sakitnya memang tak terhingga. Tetapi apakan daya Lie di situ?
Jess : "Kau kenapa sampai berlubang tangan ini?"
Lie : "Aku letupkannya."
Terkejut besar Jess mendengarkan penjelasan daripada Lie.
Jess : "Okey. Selepas ini, kau kena buat ujian mental pula. Kau ini gila ke apa sampai nak letupkan tangan sendiri?"
Lie : "Aku terpaksa. Aku kena ikat dan badan aku ditegangkan macam getah. Kalau aku tak berjaya nak lepaskan diri, tangan aku mungkin akan terputus. Jadi aku letupkan sahaja gari itu dengan tangan aku sekali."
Jess : "Dahsyatlah kau ini. Kenapa kau tak guna pedang atau gergaji sahaja untuk putuskannya?"
Lie : "Aku panik. Aku cuma fikir untuk selamatkan Himari sahaja."
Jess : "Apa pun.... Keras juga tangan kau ini. Kalau tak dah berkecai dah ini."
Lie : "Mungkin juga."
Jess : "Hmm.... Mengikut data yang aku dapat ini, kau tak patah-patah tulang ke apa. Nasib baiklah.... Tangan kau ini pun berlubang sampai nampak tulang sahaja. Tak ada sampai hanjur bagai."
Lie : "Hmm.... Bila aku boleh berjumpa dengan Himari? Bosanlah tengok kau sahaja di sini."
Geram sungguh Jess mendengar kata-kata tajam daripada Lie. Bukannya dia tahu untuk menapis ayatnya itu.
Jess : "Ada juga yang berjumpa ajal maut sekejap lagi ini."
Lie : "Aku cuma nak jumpa Himari."
Jess : "Dia okey. Alaa, kau ini risau sangatlah. Kau memang ada hati dekat dia kan?"
Jess sengaja mengusik Lie di situ. Namun hendak mengusik seseorang yang berhati kering seperti Lie sudah semestinya memakan masa yang lama.
Lie : "Ianya bukan masalah kau. Jangan nak menyibuk."
Namun Jess enggan mengalah. Dia tetap mahu mengusik Lie walaupun anginnya tidak begitu baik.
Jess : "Ahahah.... Lie dan Himari hidup bahagia selamanya."
Lie : "Aku akan pegang kata-kata aku. Dia adalah perempuan terakhir aku."
ANDA SEDANG MEMBACA
Unknown Cat : The 2nd Wave©
FantasiaGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/ADVENTURE) [BOOK 2] 🌸🌸🌸 3 tahun sudah berlalu selepas tamatnya peperangan kurayami no joo. "Sudah banyak berubahlah dunia 6 dimensi ini." Jejak langkah lelaki ini di atur perlahan ke pusat bandar utama di situ. Setelah...
