2.07 : "Theater"

68 14 13
                                        

Kuo : "Lambatnya kau orang...."

Mereka yang lain-lain sudah duduk bersama menantikan kehadiran Lie dan Himari di dalam bilik mesyuarat.

Himari : "Sorrylah.... Lie baru lepas mendapatkan rawatan tadi. Malam tadi kita orang berdua kena serang."

Membisu kesemua mereka yang berada di situ. Tiada sesiapa pun yang mengetahui perihal tersebut.

Nousagi : "Kena serang? Kau okey ke Lie? Terukkah kecederaan kau itu?"

Lie : "Okey sahaja.... Cuma kecederaan yang kecil."

Doku : "Ahah.... Lie kan...? Tak akan kau orang semua tak kenal. He's tough!"

Lantas Doku menepuk bahu kiri Lie di mana tempat dia baru sahaja mendapatkan suntikan daripada Kori. Mahu Lie terus terduduk dan menggigil menahan kesakitan. Doku pula hanya memandang aneh ke arah respon Lie.

Doku : "Aaa.... Lie? Kenapa ini?"

Himari : "Doku.... Bahu dia baru lepas injection.... Jangan tepuk dekat situ."

Doku berkerut dahi memahami kesilapan dirinya.

Doku : "Eh! K... kenapa kau tak cakap awal-awal, Lie?"

Doku hendak menggosok-gosok bahu Lie yang dirasakan kesakitan teramat itu. Namun dalam masa yang sama wajahnya berpeluh memikirkan reaksi Lie yang bakal mengumbang ambingkan nyawanya.

Lie : "*Baka...."

*Lembap....*

Nami : "Dah! Dah! Kalau dilayankan kau orang berdua ini, sampai ke sudah misi kita tidak selesai."

Sheila : "Jadi misi kita di mana kali ini?"

Kuo : "Misi kita kali ini dekat teater. Nami, tunjukkan gambar itu."

Lalu Nami menunjukkan sekeping gambar seorang pelakon terkenal yang bernama Eric Stephen.

Nami : "Dia suspek seterusnya."

Jun : "Inikan pelakon terkenal itu?"

Jin : "Apa pendapat kau orang tentang dia?"

Lie baru sahaja melihat gambar Eric dan matanya serta merta bertukar menjadi merah menandakan yang Eric itu bukanlah manusia.

Lie : "He's black crop."

Melihatkan sahaja reaksi Lie, tiada syak wasangka lagi akan suspek mereka pada kali ini.

Kuo : "Okey.... Kalau Lie sendiri sudah berkata macam itu, dia bukan suspek lagi tetapi sasaran kita."

Sheila : "Dia target kita."

🌸🌸🌸

Tanpa berlengah masa, mereka bergegas ke lokasi teater yang menjadi pusat lakonan Eric. Sebelum berbuat apa-apa tindakan, perancangan yang rapi sangat penting bagi menjamin kejayaan misi mereka.

Jun : "Kau orang ada rancangan ke?"

Tidak semena-mena kesemua mereka memandang ke arah Lie. Memandangkan Lie yang kebiasaannya perancang terbaik mereka.

Kuo : "Apa rancangan kau, Mister planner?"

Namun jawapan Lie kali ini di luar jangkaan mereka. Bahkan tidak membantu langsung jawapan Lie pada kali ini.

Lie : "Erm.... Entahlah."

Semua mula terbaring kehancuran harapan. Punyalah tinggi mereka mengharapkan Lie. Namun akhirnya dengan sesenang ABC Lie menghancurkannya.

Unknown Cat : The 2nd Wave©Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang