2.11 : "The Past"

73 15 4
                                        

Tidak lama kemudian, Kori memunculkan diri di dalam bilik latihan itu. Hairan Ritsu melihat kelibat Kori yang dengan selambanya memasuki bilik itu.

Kori : "Wau, Lie! Nice...."

Ritsu : "Aaa.... Siapa yang benarkan dia masuk?"

Lantas Yorie menjawab persoalan Ritsu itu.

Yorie : "Saya!"

Dalam masa yang sama, Yorie menerima panggilan daripada Shifu Giel. Lie serta merta menyatakan reaksi yang tidak berpuas hati mendengar bunyi deringan tanda adanya panggilan daripada Yorie.

'Ting!'

Lie : "Urgh.... Orang tua itu lagi sekali ke?"

Lantaran itu, keluarnya hologram susuk tubuh lelaki tua menerusi mata Yorie. Seraya Shifu Giel menyapa Ritsu.

Shifu Giel : "Matsuo Ritsu."

Ritsu : "Apa yang kau nak, pak cik?"

Lie : "Oh? Dia panggil kau pakciklah, orang tua."

Punyalah Shifu Giel geram dengan kenakalan dan kebiadapan Lie. Namun dia hanya mengabaikannya dan terus kepada tujuan utamanya.

Shifu Giel : "Aku perlukan bantuan kau."

Ritsu : "Ish.... Apa dia?"

Shifu Giel : "Bantuan dari segi tenaga pengajar di dunia 9 dimensi ini."

Ritsu : "Dan... apa ganjaran yang aku akan dapat?"

Shifu Giel : "Aku akan bagi semula adik kau."

Lie, Himari dan Kori sangat terkejut dengan tawaran daripada Shifu Giel. Pertama kali mereka mendengar konflik serumit itu.

Himari : "Adik? Ini dah makin misteri...."

Ritsu : "Aku terima tawaran kau."

Ritsu tidak berfikir panjang lalu dia kian berjalan keluar dari situ. Disebabkan kedua-dua mereka, Shifu Giel dan Ritsu sangat dingin maka tidaklah mereka hendak bertanyakan dengan lebih lanjut.

Ritsu : "Yuu, Yuri.... Jom."

Yuu : "Ai, ai!"

Ritsu : "Bawa aku ke tempat kau orang."

Tegas Ritsu yang dalam pada ketika itu enggan berbicara lebih lanjut.

Kori : "B... baik."

🌸🌸🌸

Mereka berangkat pulang ke menara crop. Kedatangan Ritsu dan crop kembar telah menggegarkan suasana di dalam bangunan menara.

Ritsu : "Kita kena ke pangkalan No Names sekarang."

Souji : "Kenapa macam terburu-buru ini?"

Keadaan yang begitu huru-hara mengganggu pemikiran Ritsu. Seraya dia meninggikan suaranya kepada yang lain-lain.

Ritsu : "Kau orang ini banyak soallah!"

Dalam keadaan yang kacau-bilau itu, Himari sempat menarik baju Lie. Lalu dia berbisik perlahan pada telinganya.

Lie : "Kenapa ini, Himari?"

Himari : "Aku tak fahamlah...."

Lie : "Aku pun tengah cuba untuk memahamkan situasi ini."

Unknown Cat : The 2nd Wave©Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang