2.18 : "Typhoon"

52 12 0
                                        

Keesokan paginya, awal-awal lagi Lie sudah membuat onar.

Himari : "Apa? Lie tak ada?"

Isao : "Puas kita orang mencarinya."

Himari : "Dia itu tidur sekejap sahaja. Pukul 4.00 pagi dia dah bangun untuk training. Tapi... di tengah-tengah pantai ini dia nak berlatih di mana?"

Entah kenapa Himari terfikirkan satu lokasi yang menjadi kemungkinan besar Lie berada di situ.

🌸🌸🌸

Lie : "Kenapa?"

Seperti sangkaan, Lie sudah tercegat di gerai ibunya.

Fumio : "Kau mengigau ke apa?"

Lie : "Tak. Aku lapar. So aku datanglah ke sini."

Mrs. Liendra : "Selera kamu betul-betul tinggilah, Lie."

Sudah alang-alang tiba di situ, kesemua mereka menyapa mesra ibu Lie.

Fumio : "Selamat pagi, makcik."

Mrs. Liendra : "Selamat pagi.... Kamu semua mesti sudah ada rancangan yang nak dibuatkan? Pergi sahajalah, Lie."

Setelah mendapat keizinan daripada ibunya, Lie dan mereka semua bergegas untuk melakukan aktiviti percutian seterusnya.

Dai : "Jom main bola pantai. Lie! Kau tak payah nak mengelak ya? Sini kau!"

Belum apa-apa Lie sudah di heret oleh kesemua mereka untuk bermain bola pantai. Apakan daya? Dia hanya mampu merelakan dirinya bermain bola pantai.

Setakat ini, perlawanan bola pantai mereka berjalan dengan lancar. Sehinggalah pasukan Kazuo menentang pasukan Lie. Kazuo merejam bola dengan begitu deras. Pukulan deras Kazuo hendak di balas oleh Lie. Namun kesilapannya menghalang menggunakan tangan yang masih lagi cedera.

'Krak!'

Terkejut kesemua mereka mendengarkan bunyi itu.

Sho : "Bunyi tulang retakkah itu?"

Mana : "Lie?"

Lie kini terduduk sambil memegang pergelangan tangan kirinya yang kesakitan terkena serangan padu Kazuo. Tangan Lie kelihatan sudah membengkak.

Mana : "Teruknya...."

Kazuo : "Hmm.... Lemah sungguh. Ahahah.... Aku teringat masa aku patahkan tangan dia masa dia nak rebut gelaran S. Aku belasah dia habis-habisan masa itu."

Himari mengetap gigi menahankan geram Kazuo memperlekehkan Lie. Namun tiada apa-apa tindakan yang berani dilakukannya.

Fumio : "Kau tak payah nak bangga sangatlah, orang tua."

Terdiam Kazuo apabila Fumio menyindirnya dengan tajam. Lie kemudiannya membawa diri duduk di atas kerusi sandar tidak jauh dari situ. Lie kini dikerumuni oleh mereka.

Sho : "Alaa.... Kau janganlah terasa dengan Kazuo. Dia memang macam itu. Dia itu kasar sedikit."

Lie : "Aku tak kisah pun. Lantak dialah."

Himari : "Sini aku tengok tangan kau itu, Lie."

Lalu Lie menghulurkan tangannya kepada Himari. Dengan berhati-hati Himari membelek pergelangan tangannya.

Himari : "Teruk ini...."

Mana : "Jangan risau. Nanti kita akan bawa Lie ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Unknown Cat : The 2nd Wave©Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang