2.19 : "Crop Competition"

40 13 0
                                    

Pada keesokan harinya, Lie masih lagi terbongkang tidur sementara semua yang berada di dalam biliknya telah pun bangun daripada tidur. Sangat jarang untuk melihat Lie bangun lewat.

Isao : "Hei, bangunlah Lie. Berapa lama lagi kau nak tidur?"

Isao menepuk-nepuk belakang Lie dengan perlahan untuk mengejutkannya. Akan tetapi Lie bertindak dengan menarik selimutnya dan beransur tidur kembali.

Lie : "Jangan kacaulah."

Melihat Lie yang begitu malas, Isao bertindak untuk menarik selimut Lie.

Isao : "Dah.... Dah.... Bangun."

Lie masih enggan untuk bangun. Dia meniarap sambil menutup kepalanya dengan bantal.

Isao : "Budak ini...."

Isao mulai berang dengan kedegilan Lie. Dia membuat keputusan untuk melakukan tindakan yang lebih drastik.

Lie : "Graah!"

Dengan kejam Isao menarik ekor Lie yang enggan bangun dari tadi.

Isao : "Tak nak bangun kan?"

Lie : "Hentikannya! Graah.... Sakitlah!"

Isao : "Maaflah.... Tapi boleh kau ulang balik apa yang kau katakan?"

Isao sengaja mendera Lie lalu menarik ekornya dengan lebih kuat tanpa belas kasihan.

Lie : "Urgh.... Aku surrender."

Mengalah sahaja Lie di situ, Isao serta merta melepaskan ekor Lie. Lantas, Lie perlahan-lahan duduk sambil menguap.

Lie : "Badan aku rasa letih."

Isao : "Aku faham. Tapi kita ada aktiviti lagi selepas ini."

Lie : "Tak boleh ke aku skip sahaja?"

Isao : "No.... Kalau kau nak berhadapan dengan Shifu Giel, silakan."

Isao memerhatikan Lie yang tidak henti-henti menggosok pangkal ekornya yang barangkali terasa sakit.

Isao : "Sakit ya? Maaflah.... Nak aku gosokkan ke?"

Lie : "Tak payah. Lebih baik tak payah. Aku tak suka orang gosok ekor aku."

Isao : "Sebenarnya kan? Macam mana rasanya ekor kena tarik? Aku tertanya sangat. Maklumlah, aku mana ada ekor."

Lie : "Rasa macam maruah di tarik."

Berkerut dahi Isao mendengar jawapan Lie.

Isao : "Jangan berguraulah."

Lie : "Aku tak pasti. Cuma yang pasti sakit."

Isao : "Okey? Aku tak boleh nak bayangkan rasanya."

Lie : "Aku lapar.... Aku nak makan."

Isao tersengih-sengih dengan permintaan Lie. Adakalanya Lie ini mempunyai perwatakan yang sangat comel.

Isao : "Kau dua hari ini tak banyak makan sangat. Perut kau itu pula sudahlan macam tong. Ahahah...."

Tanpa mempedulikan Isao, Lie terus bertukar ke versi kucing hitam. Isao hanya memerhatikan setiap satu gerak-geri Lie.

Lie : "Dah lama aku tak jadi versi ini."

Isao : "Oh.... Kau boleh jadi versi ini? Ingatkan kau kena sumpah ke apa? Ahahah...."

Lie : "Kau ingat ini cerita dongeng ke?"

Unknown Cat : The 2nd Wave©Where stories live. Discover now