Siang hari bakal memulakan perjalanannya, Himari bangun daripada tidurnya. Dia melihat Lie sudah di sebelah katilnya bermain Piano Tiles.
Punyalah Himari terkejut melihatnya. Sehingga dirinya hampir terjatuh daripada katil.
Himari : "Lie! Itu telefon aku ke?"
Lie : "*Ie.... Ini telefon aku."
*Tak....*
Himari terkaku dengan balasan Lie. Lantas dia memandang ke arah meja disebelahnya. Telefon bimbitnya terletak elok di atas itu. Mati-mati dia ingat Lie curi telefonnya lagi sekali.
Himari : "Oh?"
Lie : "Kau ingat kau seorang sahaja ke yang ada telefon bimbit?"
Baru sahaja Lie hendak bertinggi hidung. Namun secara tiba-tiba munculnya hologram Jess daripada skrin telefonnya.
Jess : "Lie. Ada misi yang mustahak untuk kau pagi ini. Sebelum itu, tolong ke makmal untuk pemeriksaan selanjutnya."
Sejurus Hologram terpadam sambil meninggalkan wajah murung pada muka Lie. Ada sahaja yang hendak mengganggu rehatnya.
Lie : "Ngeh.... Kacau betullah."
Himari : "Apa maksudnya untuk pemeriksaan selanjutnya itu, Lie?"
Lie : "Pemeriksaan kesihatan. Misi kali ini memerlukan crop yang sihat sebab ianya sangat penting. Matilah aku...."
Himari : "Aku nak pergi mandi dululah kalau begitu."
Lie : "Pergilah. Jangan lama-lama sangat."
Himari : "Bagaimana dengan kau?"
Lie : "Aku dah bangun pukul 4.00 pagi tadi. Jadi aku sudah selesai mandi semua."
Himari : "Woah...."
🌸🌸🌸
20 minit kemudian, mereka turun ke tingkat bawah tanah di mana terletaknya bilik penyelidikan Jess.
Himari : "Kali ini, kau cop jari kau itu! Jangan main redah sahaja."
Lie : "Alright...."
Kali ini Lie meletakkan ibu jarinya pada skrin keselamatan untuk menutup laser penggera. Setibanya mereka di dalam bilik penyelidikan, Jess agak terpegun dengan Lie yang tidak meredah laser penggera sepertimana yang biasa dilakukannya.
Jess : "Oh, Lie.... Aku ingatkan kau nak redah macam selalu."
Lie : "Diamlah kau. Apa misinya?"
Jess : "Kau akan ke daerah selatan. Mereka nak reka senjata untuk menentang crop hitam. Jadi kau kena hantar data ini kepada mereka."
Jess menunjukkan sebuah beg bimbit besi di hadapan mereka.
Jess : "Hantarkannya kepada Putera Rachel dengan selamat. Mereka perlukannya untuk lindungi kerajaan selatan daripada serangan crop hitam."
Lie : "Okey...."
Jess : "Sekarang ini, masa untuk pemeriksaan...."
Seraya Jess membuat muka menakutkannya. Mahu berkerut dahi Lie tika itu.
Lie : "Tak payah buat suspens boleh tak?"
Jess : "Ahahah.... Takutlah itu. Cepat masuk dalam bilik ini. Awak duduk dekat luar ini dahulu ya, Himari?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Unknown Cat : The 2nd Wave©
FantasyGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/ADVENTURE) [BOOK 2] 🌸🌸🌸 3 tahun sudah berlalu selepas tamatnya peperangan kurayami no joo. "Sudah banyak berubahlah dunia 6 dimensi ini." Jejak langkah lelaki ini di atur perlahan ke pusat bandar utama di situ. Setelah...
