"Selamat menjamu selera."
Air mata mula bergenang pada kelopak mata Himari. Jari jemari raksasa itu kini mengusap perlahan pipi Himari. Namun apakan daya, Himari terlalu takut untuk berlari pergi daripada situ.
"Aku makan besar hari ini."
Sambil-sambil raksasa itu sibuk mengusap pipi Himari, mulutnya berjunang jatuh air liur menandakan rasa tidak sabar untuk dia melahap daging manusia yang berada dihadapannya.
'Zap!'
Sepantas kilat Lie memotong lengan raksasa itu yang khusyuk mengusap Himari. Mujurlah Lie sempat membuat tindak balas. Jikalau dia terlewat sedikit berkemungkinan besar Himari sudah menjadi lauk makan malam raksasa itu.
Lie : "Kau sentuh perempuan aku, aku tak akan teragak-agak untuk menghantar kau balik ke neraka!"
Sejurus Lie menyasarkan lengan lagi sebelah raksasa itu. Akan tetapi kali ini raksasa itu sempat mengelak daripada terkena bilah pedang Lie yang tersangat tajam itu.
Lie kemudiannya terbatuk-batuk sesudah dia menyasarkan serangan tersebut. Bajunya sudah dibasahi dengan cecair pekat berwarna merah miliknya. Namun dia enggan mengalah kepada makhluk perosak itu.
"Kau masih boleh bangun ya? I'm impress."
Lantaran itu, lengan raksasa yang sudah di potong oleh Lie beberapa saat lepas kembali tumbuh membentuk lengan yang baru.
"Muahahah.... Ahahahh.... Tetapi pedang itu tidak akan mencederakan aku."
Betapa terkejutnya Himari melihat makhluk tersebut mampu memulihkan anggota badannya dalam masa kurang seminit. Itulah pertama kali dia melihat adanya makhluk yang mempunyai keupayaan sedemikian.
Himari : "Alamak.... Di... dia boleh sembuhkan diri dia begitu sahaja? Teruklah begini."
Lie : "Himari.... Jikalau keadaan bertambah rumit, tolong hubungi bantuan."
Himari : "Kenapa tak hubungi sekarang sahaja?"
Lie : "Kita tak tahu apa yang raksasa ini sudah rancang dan berapa ramai jumlahnya. Untuk sementara ini aku akan cuba uruskan yang ini."
Himari : "T... tetapi...."
Belum sempat untuk Himari menyampuk kenyataan Lie, dia segera memotongnya.
Lie : "Aku sudah cakap bukan? Jangan berhenti percayakan aku."
Himari : "Tetapi bagaimana kau nak tewaskan raksasa itu? Jikalau kau kerat dia berapa banyak kali pun, dia akan tetap boleh sembuhkan dirinya?"
Seraya raksasa itu ketawa terngilai-ngilai di hadapan mereka berdua.
"Ihihihh.... Aku sedang menunggu ini. Jikalau tiada apa-apa, izinkan aku untuk menjamu selera makan malam aku."
Lie : "Tch! Aku mungkin tak dapat mencederakan kau dengan cara mengerat kau. Akan tetapi...."
Sebelum Lie menghabiskan kata-katanya dia menjelmakan sepasang sarung tangan tinju pada kedua-dua belah tangannya. Ianya bukanlah calang-calang sarung tangan tinju. Bahkan ianya sarung tangan dengan getaran kuasa elektrik padanya.
Lie : "Aku mungkin boleh patahkan tulang belulang kau dengan teruk."
"Hihh.... Kau semakin menariklah. Ahahahh.... Tetapi fakta yang aku akan melapah tuan kau tetap tidak akan bertukar."
Lie : "Langkah mayat aku dahulu sebelum kau berani nak sentuh perempuan aku dengan jari kotor kau itu."
Sejurus itu Lie segera membuat serangan dengan mendahulukan tangan kanannya. Tumbukan sulungnya dilepaskan tanpa rasa segan silu. Tidak lupa juga dalam masa yang sama raksasa itu menepis serangannya. Silih berganti tumbukan Lie di tepis oleh raksasa itu.
YOU ARE READING
Unknown Cat : The 2nd Wave©
FantasyGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/ADVENTURE) [BOOK 2] 🌸🌸🌸 3 tahun sudah berlalu selepas tamatnya peperangan kurayami no joo. "Sudah banyak berubahlah dunia 6 dimensi ini." Jejak langkah lelaki ini di atur perlahan ke pusat bandar utama di situ. Setelah...