2.03 : "The Black Crop"

91 17 8
                                    

Mereka semua bergelak tawa bersama di ruang rehat menara itu. Sehinggalah seorang demi seorang meninggalkan mereka atas urusan tertentu.

Souji : "Ahahah.... Okeylah. Aku ada hal sedikit ini. Pergi dulu ya? Bye."

Kini tinggallah Lie, Yorie dan Himari di ruang legar itu. Namun, Himari masih membisu. Barangkali kerana sudah agak lama mereka tidak bersua, dia sudah kembali kekok.

Lie yang melihatkan reaksi Himari, terus bertongkat dagu.

Lie : "Himari-chan.... What's wrong? Unhappy to see me?"

Himari : "No.... Aku cuma terlalu gembira dapat bertemu semula dengan kau sehingga tak terkata apa-apa, Lie...."

Himari tersenyum sambil mengalir air matanya memandang Lie.

Himari : "Aku gembira.... Sangat gembira.... *Sob.... Nenek Monika dah tinggalkan aku selamanya tidak lama selepas kau tinggalkan aku, Lie."

Sejurus Himari menangis tersendu-sendu di samping Lie. Lie sangat terkejut dengan khabar berita yang disampaikan oleh Himari.

Lie : "Orang tua itu sudah meninggal? Chikau tak tengok-tengokkan kau ke?"

Himari menggelengkan kepalanya tanda menidakkan pertanyaan Lie itu.

Himari : "Chikau.... Dia terus sahaja hilang selepas tamatnya peperangan Kurayami no joo.

Lie : "Dia terus hilang? Tak gunanya. Jadi sekarang ini, kau tinggal dengan siapa?"

Himari : "Tak lama selepas nenek meninggal dunia, ada sebuah syarikat kontraktor datang dan memaksa aku untuk menjual tanah rumah nenek."

Membutang mata Lie sekali lagi mendengar lanjutan kisah hidup Himari.

Lie : "Habis itu? Adakah kau menjualnya?"

Himari : "Aku di paksa untuk menjualnya. Jikalau tidak, mereka akan merobohkan rumah itu."

Lie : "Baiklah. Aku tanya sekali lagi. Sekarang ini, kau tinggal bersama siapa dan di mana?"

Himari : "Aku ada beli sebuah rumah pangsa dengan duit yang aku dapat itu. Tapi sekarang ini, kedai nenek pula dah bankrap. Aku tinggal sendirian. Tiada pendapatan.... Makan pun kadang tak cukup."

Himari mengelap air matanya. Betapa sukarnya kehidupannya tanpa Lie di sisi. Lie tidak gamak melihat Himari menangis tersedu-sedan. Dia menggosok kedua-dua belah pipi Himari.

Lie : "Shh.... Jangan menangis, Himari. Aku kan dah ada? Aku akan tolong kau walau apa cara sekali pun."

Belum sempat untuk Lie memujuk hati Himari keseluruhannya, Yorie sekali lagi mengeruhkan keadaan.

Yorie : "Tapi tuan.... Kita ada misi. Jangan lupa itu."

Lie kian memandang Yorie dengan jelingan maut. Ada sahaja Yorie hendak mengganggu ketenteraman mereka.

Lie : "Kau diam boleh tak? Keselamatan CO aku ialah keutamaan aku."

Yorie : "Okey, okey! Maafkan saya, tuan. Saya hanya mengingatkan."

Himari : "Misi apa ini, Lie?"

Himari mula tertarik dengan isu yang dibincangkan oleh mereka berdua.

Lie : "Misinya untuk memusnahkan tiga black box dekat dunia ini."

Himari : "Black box? Apa bendanya itu?"

Unknown Cat : The 2nd Wave©Where stories live. Discover now