2.20 : "South Team"

52 12 0
                                        

Pada hari kejadian crop competition, kumpulan No Names sudah menapak di lokasi pertandingan. Begitu ramainya crop yang berada di situ. Pengacara majlis dengan meriahnya mengalu-alukan kedatangan pengunjung.

"Tuan-tuan dan puan-puan! Selamat datang ke crop competition kali ke-14! Dan kali ini cabarannya sememangnya akan mencabar peserta-peserta kita. Yang paling mengujakan, penyertaan crop competition kali ini adalah penuh! Syabas kepada semua pihak yang telah menghantar wakil terutama pihak barat yang telah sekian lama membisu. Syabas diucapkan."

Berasap telinga Lie mendengar kata-kata pengacara majlis.

Lie : "Bukan main lagi pengacara majlis ini menyindir kita. Aku nak telan dia hidup-hidup boleh tak?"

Himari : "Jangan Lie...."

"Sekarang ini, sudah tiba masanya untuk kita berkenalan dengan peserta-peserta kita. Di minta kepada semua peserta berada di petak yang telah disediakan." 

Dengan teratur semua peserta bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

"Kenalkan juara bertahan kita, Mark, Penny dan Alex dari zon selatan!"

Semua bersorak dengan begitu kuat. Entah kenapa hanya tiga nama sahaja yang disebutkan pengacara majlis itu.

Doku : "Itu nama crop dia ke atau CO?"

Lie : "CO. Dia orang tak akan sebut nama cropnya. Cukup sekadar CO yang menjadi wakil mereka."

Himari : "Wau.... Dia orang juara bertahan."

Nousagi : "Tiga elemen yang cukup hebat."

Lie : "Kau boleh tahu itu, Nousagi?"

Nousagi : "Hanya mengagak. Seorang itu elemen tanah. Seterusnya elemen api dan ais kalau tidak silap. Hanya seorang lagi itu sahaja yang saya tidak begitu pasti."

Lie : "Dia ada elemen bayang."

Doku : "Macam mana kau orang boleh senang sangat agak elemen dia orang ini?"

Lie : "Seperti yang Nousagi katakan, tengok pun boleh tahu. Dia orang maybe juara bertahan tapi IQ dia orang masih belum cukup juara lagi."

Doku : "Gaya kau cakap, seolah-olah kau dah biasa dengan pertandingan ini."

Akan tetapi salah seorang daripada kumpulan zon selatan sedang merenung ke arah Nousagi tanpa pengetahuan mereka. Namun begitu, Nousagi bukanlah jenis yang sukar untuk perasan akan sesuatu. 

Seraya seorang daripada ahli kumpulan zon selatan itu mengenyit sebelah matanya menggunakan kuasa elemennya tanpa disedari sesiapa. Mujurlah aura elemen Nousagi menyukarkan tahap pengaruh sesiapa yang berada disekelilingnya.

Melihatkan Nousagi yang hanya duduk bersahaja, senyuman nipis terukir pada bibir lelaki itu.

Nousagi : "No way...."

Secara serentak mereka memandang ke arah Nousagi.

Doku : "Kenapa Nousagi?"

Lie : "Ada orang yang cuba pengaruh kau ke, Nousagi?"

Pantas Lie bertanyakan Nousagi sedemikian.

Nousagi : "Dia orang macam nak target saya sahaja?"

Doku masih membuat muka kosong tidak memahami pertanyaan Nousagi.

Doku : "Aku tak faham satu habuk pun apa yang kau katakan, Nousagi."

Unknown Cat : The 2nd Wave©Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang