2.01 : "Lie's Return"

145 19 5
                                        

Tiga tahun telah berlalu selepas tamatnya peperangan Kurayami no joo. Manusia sekarang ini berkongsi dunia dengan makhluk sembilan dimensi. Makhluk sembilan dimensi pula digelarkan sebagai Crop di zaman yang sungguh moden itu.

Kini, hampir kesemua manusia mempunyai crop mereka tersendiri tidak kira lelaki mahupun perempuan.

'Tap.... Tap.... Tap....'

Bunyi tapak kaki bergema di ruang legar bandar yang sedang membangun itu. Ianya sebuah bandar yang begitu sesak. Di mana-mana sahaja adanya manusia dan crop.

"Tuan.... Ini ke dunia enam dimensi? Anehnya tempat ini?"

Suara itu datang daripada sebuah makhluk robotik terbang putih tidak berwajah sebesar tapak tangan. Sepintas lalu, iras sangat ibarat kamera terbang.

Di samping makhluk terbang itu pula, terdapat seorang lelaki berbaju kulit berwarna hitam

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Di samping makhluk terbang itu pula, terdapat seorang lelaki berbaju kulit berwarna hitam. Rambutnya jelas kelihatan berwarna hitam kilat. Namun wajahnya di tutup separuh dengan topeng hud pada bajunya.

 Namun wajahnya di tutup separuh dengan topeng hud pada bajunya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Aku tidak sangkal lagi. Memang inilah bau makhluk enam dimensi. Cumanya baunya sedikit bercampur baur kerana adanya makhluk sembilan dimensi. Semakin dahsyat tempat ini setelah sekian lama aku tiada."

Lelaki itu membalas pertanyaan makhluk terbang itu. Barangkali makhluk terbang itu adalah pembantunya? Akan tetapi suara lelaki itu seakan-akan biasa didengari. Siapakah dia ya?

"Tapikan tuan.... Kenapa tempat ini ada makhluk sembilan dimensi juga? Pelik sangatlah."

Sekali lagi makhluk terbang itu bertanyakan soalan meragui destinasi mereka itu. Namun lelaki itu hanya menjawab satu per satu persoalannya dengan tenang.

"Yang itu aku tidak pasti kenapa. Jikalau nak tahu lebih lanjut, kita kena bertanya sendiri dengan orang di sini."

Sedang-sedang khusyuk lelaki itu berborak dengan pembantunya, dia tidak sengaja terlanggar seseorang yang sedang lalu lalang di situ.

Dengan wajah yang bengis lelaki yang dilanggarnya itu berpaling ke arahnya. Sekali pandang dapat dijelaskan bahawa lelaki itu begitu marah kepadanya.

"Hei, budak. Apa masalahnya ini? Tak nampak ke aku sebesar-besar alam dekat sini? Buta ya?"

Unknown Cat : The 2nd Wave©Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang