2.16 : "Colefell Issue"

48 14 0
                                    

Himari : "Mulut aku masinlah...."

Jin yang terjongol di hadapan Himari hanya membuat muka hairan dengan wajah tidak semenggah Himari.

Jin : "Kenapa ini?"

Himari : "Lie.... Dia demam sekarang ini."

Jin : "Teruklah. Kita kena bergerak ke negara Colefell. Ada isu yang agak berat di sana."

Himari : "Tempat apa dan misi apa itu?"

Jin : "Aku tak tahu tempat apakah itu. Tapi yang aku dengar cerita, itu tempat peranginan. Namun sekarang ini, tempat itu sudah porak peranda dengan kumpulan pemberontak."

Himari : "Ye ke?"

Jin : "Kita kena ke sana sebelum keadaan semakin serius."

Himari : "Memang satu masalah yang besar. Tidak mengapalah. Aku dan Lie akan sertai kau."

Jin : "Baiklah kalau begitu."

🌸🌸🌸

Himari dan Lie kini berada di dalam bilik berduaan. Nampaknya sudah tiba masa makan tengahari Lie. Hidangan sudah pun disediakan.

Himari : "Sambil-sambil kau makan itu, boleh aku nak tanya soalan tak?"

Terbantut selera Lie yang mendengar permintaan Himari. Namun, arahan tetap arahan.

Lie : "Apa dia?"

Himari : "Kau tahu tak tempat yang namanya Colefell?"

Lie menganggukkan kepalanya dengan perlahan.

Lie : "Ianya sebuah pantai. Pusat peranginan yang sangat cantik dahulu. Tapi sekarang sudah tak secantik dahulu lagi."

Air muka Lie menunjukkan perasaan yang sangat hampa.

Himari : "K... kenapa? Apa yang sudah berlaku di sana?"

Lie : "Aku tak tahu silap siapa. Tetapi selepas Permaisuri Ann bawa masuk anak angkatnya yang bernama Silia, negeri itu terus di serang oleh seekor crop misteri."

Himari : "Crop? Bukan crop hitam?"

Lie : "Aku tak begitu pasti. Ini apa yang aku dengarlah. Penduduk di situ sekarang sedang memburu crop itu. Mereka bertindak untuk membunuh crop asing yang memasuki negeri itu. Kalaulah kita diarahkan untuk ke sana, naya hidup kita."

Himari : "S... sebenarnya kita memang akan ke sana."

Punyalah Lie terkejut sehingga dia tersedak lauk yang dimakannya itu.

Lie : "Kau gila ke?"

Himari : "Ianya arahan daripada Shifu Giel. Aku rasa kita kena tangkap crop yang bermasalah itu. Terkejut juga aku tengok respon kau, Aku fikirkan kau ini jenis yang main redah sahaja."

Lie : "Ehem.... Kau nak kata yang aku ini penakut ke?"

Himari : "Tak. Tak cakap apa-apa pun."

Lie : "Tch! Kita akan ke sana. Itu yang orang tua tak guna itu mahukan kan?"

Himari : "Hmm.... Okey?"

🌸🌸🌸

Lie dan mereka yang lain-lain sudah berada di dalam gerabak kereta api dan mereka kini sedang bertolak ke negara Colefell. Terdapat enam orang kesemuanya termasuk Himari dan Lie di dalam gerabak itu. Yakni Kuo, Jin, Jun dan Nami.

Unknown Cat : The 2nd Wave©Where stories live. Discover now