Lie : "Bagitahu konco-konco kau, sang raja sudah kembali nak menuntut takhtanya."
Lie menanggalkan pelitup mulut dan topi hudnya. Betapa terkejutnya seluruh penduduk bumi melihat sendiri sang raja raksasa yang cukup digeruni sudah kembali.
Rie : "T... tak mungkin."
Rie berpaling ke arah Souji. Namun Souji sudah tiada di tempat duduk penonton.
Pantas Souji sudah terjun ke bawah daripada tempat duduknya lalu bergegas ke arah Lie. Sungguh dia tidak percaya lelaki yang telah banyak berjasa itu masih lagi hidup.
Souji : "Nanti dulu! Betul ke kau ini Lie? Kau sepatutnya sudah mati tiga tahun lepas. Kenapa kau masih boleh hidup?"
Lie : "Souji. Bau kau masih lagi kuat. Menyengat betul baunya setelah sekian lama aku tak menghidunya."
Lie akan tetap jadi Lie.
Souji : "Kau jawab persoalan aku ini! Betul ke kau Lie? Kenapa baru sekarang kau munculkan diri? Ke mana perginya kau selama ini?"
Lie : "Ianya sebuah kisah yang sungguh panjang. Masih terlalu awal untuk aku menceritakan kesemuanya."
Souji : "Jikalau kau enggan beri kerjasama, aku terpaksa menggunakan cara kasar."
Lie memandang Souji dengan wajah kosongnya. Langsung tidak terfikir apa yang akan Souji lakukan kepadanya. Namun apa yang dia kisahkan?
Lantas, Souji menghembuskan sejenis gas yang kelihatan agak tebal ke arah Lie. Lie sangat terkejut dengan tindakan Souji itu. Tidak sangka Souji benar-benar akan menyerangnya.
Yorie : "Eh, tuan!"
Lie : "Sekejap? Apa yang kau nak buat ini, Souji?"
Souji tidak mempedulikan persoalan Lie lalu meneruskan agendanya sehingga Lie termasuk perangkapnya.
Lie perlahan-lahan menghirup gas misteri yang telah dihembuskan oleh Souji. Secara tiba-tiba, kondisi badannya melemah.
Lie : "Gas apa ini? Kenapa aku rasa mengantuk?"
Tidak sampai lima minit, Lie pengsan di tempat kejadian. Jadi itu ialah gas tidur rupanya.
Yorie : "Tuan!"
Yorie hendak berlari ke arah Lie. Akan tetapi Souji menyarungnya ke dalam plastik lutsinar. Sekilas pandang, Lie dan Yorie di bawa pergi.
🌸🌸🌸
30 minit kemudian, Lie mula sedar daripada pengsan. Dia berada di dalam sebuah bilik kurungan sambil tangannya di kalung dengan rantai besi.
Terkebil-kebil mata Lie hendak melihatkan apa sebenarnya yang sedang berlaku. Terasa sedikit geli pada telinganya.
Sebaik sahaja Lie sedar sepenuhnya, yang berada dihadapannya ialah Kori si pemegang elemen ais. Kori pula sedang mencuit-cuit telinga kucingnya dengan menggunakan lidi.
Lie : "K... Kori?"
Terus terlompat Kori apabila Lie menegurnya.
Kori : "Gragh! Penyamar dah bangun!"
Lantas Kori menekan sebuah suiz disisinya. Lalu beberapa buah meriam laser kesemuanya dihalakan ke arah Lie. Apakah maksud semua itu?
Lie : "Eh? Apahal dengan kau ini, Kori? Kau nak bunuh aku ke apa ini?"
Kori : "Bagitahu identiti kau yang sebenar!"
Berkerut-kerut dahi Lie mendengar arahan daripada Kori. Soalan apakah yang Kori tanyakan itu?

YOU ARE READING
Unknown Cat : The 2nd Wave©
FantasiGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/ADVENTURE) [BOOK 2] 🌸🌸🌸 3 tahun sudah berlalu selepas tamatnya peperangan kurayami no joo. "Sudah banyak berubahlah dunia 6 dimensi ini." Jejak langkah lelaki ini di atur perlahan ke pusat bandar utama di situ. Setelah...