Sudah tiga Himari lalui hari penatnya. Akhirnya hari ini dia kembali sihat sepenuhnya.
Himari : "Yeah! Aku sudah baik daripada demam."
Berpaling sahaja Himari di sebelah katilnya, Lie masih lagi tidur lena. Agak janggal kerana kebiasaannya Lie akan bangun lebih awal berbanding dirinya.
Himari : "Eh, Lie? Kenapa dia tak bangun lagi? Bukan selalu dia bangun awal ke?"
Himari mengorak langkah menuju ke katil Lie. Dengan perlahan dia memegang telinga kucing milik Lie.
Himari : "Lie?"
Alangkah terkejutnya Himari merasakan telinga Lie panas membakar.
Himari : "Panasnya telinga kau ini. Lie?"
Dengan berhati-hati Himari menelentangkan tubuh Lie. Jelas lagi nyata wajah tidak sihat Lie tika itu. Barangkali berjangkit demam dengan dirinya.
Himari : "Alamak.... Kau demam ini. Tak mengapa! Kali ini, giliran aku untuk jaga kau. Biar aku masakkan breakfast!"
Lie : "T... tetapi aku...."
Belum sempat untuk Lie menghabiskan kata-katanya, Himari sudah berlalu pergi.
Lie : "Aku tak selera selera nak makanlah...."
🌸🌸🌸
10 minit kemudian, Himari kembali dengan semangkuk sup cendawan yang kelihatan sangat menyelerakan.
Himari : "Breakfast dah siap...! Aku buatkan mushroom soup khas untuk kau."
Lie : "Aku tak nak makan."
Himari : "Tak ada tak nak-tak nak. Masa demam, makan tak boleh memilih. Makan mengikut diet yang telah dihadkan."
Lie menjelirkan lidahnya tanda tak suka. Mahu tidaknya berasap kepala otak Himari tika itu?
Himari : "Jangan nak mengada! Sini aku suapkan."
Himari hendak menyuapkan Lie tetapi kedegilannya sangat sukar untuk di tawan.
Lie : "*Shitakunai!"
*Aku tak mahu!*
Himari : "Degilnya budak ini...."
Berlakulah pertempuran gusti tidak berdaftar antara Himari dan Lie. Punyalah dahsyat pergelutan mereka sehingga sup yang begitu panas itu tertumpah di atas badan Lie. Tahap kecemasan kini berada pada tahap empat.
Himari : "Habislah.... Habislah.... Melecur badan kau. Auch...."
Sambil-sambil Himari panik mengelap bubur yang membuak kepanasan itu pada badan Lie, Lie hanya terduduk kaku ibarat tiada apa yang telah berlaku.
Himari : "Kenapa kau tenang sahaja? Tak melecur ke?"
Tanpa berkata sepatah pun, Lie menyelak bajunya. Hampir keseluruhan tubuhnya memerah kelecuran.
Himari : "Alamak! Macam mana ini? Huhuhuh.... Maaf, Lie. kesian kau. Aku pergi ambilkan baju salinan kau."
Dua minit masa yang diperlukan Himari untuk mencari baju salinan untuk Lie. Dia kembali dengan sepasang baju t-shirt dan seluar tracksuit untuknya.
Himari : "Aku ambilkan kau t-shirt dan seluar. Sekarang ini, pergi salin baju. Badan itu sudah melecur teruk sangatlah. Aku tak sanggup nak tengok."
Lie : "Kau memang nak tengok aku salin baju ke?"
Himari : "Ish, aku nak keluarlah ini. Kau ini pun...."
YOU ARE READING
Unknown Cat : The 2nd Wave©
FantastikGENRE (SHORT-STORY/FANTASY/ADVENTURE) [BOOK 2] 🌸🌸🌸 3 tahun sudah berlalu selepas tamatnya peperangan kurayami no joo. "Sudah banyak berubahlah dunia 6 dimensi ini." Jejak langkah lelaki ini di atur perlahan ke pusat bandar utama di situ. Setelah...