2.10 : "Lie's Real Power"

64 15 6
                                        

Hampir seharian Lie terdampar tidak sedarkan diri. Kini sudah tiba masanya untuk matanya kembali celik melihat dunia realiti.

Lie : "Ngh.... Aku di mana ini?"

Lie kini berada di dalam sebuah bilik pembedahan. Agak hairan bagaimana dia boleh berada di situ. Tidak lama kemudian, kedengaran satu suara menyapanya.

"Kau sudah bangun? Hati-hati. Badan kau itu cedera teruk. Aku dah rawat kau. Cumanya jangan bergerak terlalu aggresif. Nanti berdarah lagi luka itu."

Agak terkilan Lie mendengar suara tersebut. Namun tiada bayang seorang manusia pun yang melintas.

Lie : "Siapa itu? Aku di mana ini?"

Kemudian Lie ternampak bayang seseorang dengan ketip besar yang tajam macam ketam. Punyalah Lie terkejut sehingga dia hendak terjatuh daripada katil pesakit itu. Nasib baik lelaki tersebut sempat menyelamatkannya.

"Hei?"

Ianya seorang lelaki dengan tangan yang besar seperti sepit ketam. Wajah Lie pucat tidak berdarah melihatkan rupa paras lelaki itu. Makhluk apakah ini? Reaksi Lie itu menampakkan yang dia masih lagi dalam keadaan yang bingung dengan situasi yang terpaksa dilaluinya.

"Tolong bertenang.... Kau masih terkejut ini. Nama aku Clark. Aku ketua bahagian rawatan di sini. Jangan risau ya?"

Sejurus itu, tangan Clark yang besar ibarat ketam kini bertukar kembali menjadi tangan manusia bagi memudahkannya membetulkan kedudukan Lie yang kelihatan tidak terurus itu.

Lie : "Kau ini... crop."

Clark : "Ya. Tapi aku bukanlah crop hitam yang sangat digerunkan itu. Aku hanyalah crop biasa. Tidak berbahaya pun."

Lie mula bertenang setelah mendengar penjelasan daripada Clark.

Clark : "Sudah bertenang sekarang?"

Anggukan perlahan sahaja di balas oleh Lie kepada persoalan Clark. Setelah itu, Lie kembali mengingat kembali apa yang telah berlaku sebelum ini.

Lie : "Kita di Silent Cavern ke?"

Clark : "Ya."

Lie : "I see. Ha.... Kenapa aku kena ke sini semula?"

Clark : "Nampaknya kau sangat bencikan tempat ini."

Lie : "Ianya tiada kaitan dengan kau pun. Mind your own business."

Secara rawak Lie bangkit dari duduknya.

Clark : "Jangan bangunlah! Nanti luka itu makin melarat."

Lie : "Aku cakap apa? Mind your own business."

Clark hanya mampu membisu apabila mendapat amaran keras daripada Lie. Tidak dinafikan bahawa Lie mempunyai aura yang agak menakutkan sekiranya dia dalam keadaan marah. Tanpa menghiraukan arahan Clark, dia menyarung bajunya dan terus melangkah keluar. 

Clark : "Degilnya dia itu."

Sambil Lie melangkah, sambil dia memerhatikan keadaan sekelilingnya. Ianya sebuah pemandangan dalam gua yang begitu suram dan dalam masa yang sama menyamankan.

Lie : "Tempat ini dah banyak berubah daripada kali terakhir aku meninggalkannya."

Tiba-tiba pula terdapat kanak-kanak berlari melintasinya dengan penuh riang. Sangat jarang kawasan itu dipenuhi dengan kanak-kanak. Siapakah kanak-kanak itu semua?

Namun dalam ramai-ramai kanak-kanak yang melepasinya, terdapat seorang antara mereka yang berhenti menegurnya.

"Awak ini baru sampai ke? Tak pernah jumpa pun sebelum ini?"

Unknown Cat : The 2nd Wave©Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang