Dari keluar perpustakaan tadi Jaera rasa tidak selesa. Rasa macam diekori.
Apabila dia menoleh ke belakang, tepat sungguh tekaan dia. Entah kenapa tiba-tiba detak jantungnya menjadi laju.
Langsung tidak percaya saat lelaki itu muncul dihadapannya mesti dia akan jadi penasaran.
Pandang wajah lelaki yang dia cukup kenal itu, lalu mulutnya menyoal.
"Awak ikut saya dari perpustakaan tadi?"
Dia mengerutkan dahinya. "Aku?" Jaemin tundingkan jarinya ke dirinya.
"Mana ada." Kepala menggeleng menafikan. Walhal memang dari Jaera habis kelas, belajar di perpustakaan sehingga gadis itu balik dia mengekori dalam diam. Sangkanya, bukan Jaera perasan dia pun sebab gadis itu tidak mengenali dia.
"Ouh okay..." Jaera berpusing dan ingin melangkah pergi.
"Jaera..."
Tak sempat nak melangkah kaki seakan tergam. Jaera seakan tidak percaya akan sesuatu.
Nama dia... Macam mana Jaemin mengetahui nama dia?
"Macam mana awak kenal nama saya?"
"Ni..." Jaemin hulurkan penanda buku yang terukir nama 'Kim Jaera' diatasnya.
"Kau punya kan? Aku ternampak dekat perpustakaan tadi. Rasa kau tercicir." Dia menghulurkan penanda buku. Laju-laju Jaera mengambil dan disimpan kedalam begnya.
"Terima kasih."
Baru sahaja Jaemin nak balas, gadis itu laju pergi tinggalkan dia. Rambutnya dikusutkan. Gagal pula rancangan pertama dia. Tadi pun dia rasa macan terkedu seketika saat berhadapan Jaera.
Maaf semua tak dapat nak update banyak. Nanti kita sambung lagi okiess!😘
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
Fanfiction⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...