"Jaera!"
Mengeluh halus Jaera mendengar jeritan Jimin. Apa lagi lelaki itu mahukan darinya.
"Yes." Jaera memusingkan kerusinya memandang ke pintu yang sudah terbuka luas.
"Jersey ni memang untuk aku ke?"
Berkerut dahi Jaera. Dah Jimin yang minta tak akan lelaki itu lupa.
"Ye lah kau yang minta aku jersey tu minta jaga rahsia aku. Kenapa?"
"Aku rasa ni jersey kekasih hati kau." Jersey yang bercetak nama di belakang di tunjuknya.
Membulat mata Jaera melihatnya. Tertera disitu nama Jaemin. Terus dia bangun menuju ke Jimin. Baju yang dipegang langsung dirampas.
"Jaemin?" Jimin melirik nakal.
"Apa? Aku salah cetak nama kau." Laju Jaera membuat alasan. Matanya menjeling JImin yang sudah tersengih- sengih memandangnya.
"Jae...min..."
"Yah Jimin kau jangan berani bocorkan rahsia."
Jimin yang berura- ura ingin pergi menjelirkan lidahnya.
"Tengoklah macam mana. Jangan lupa minta balik jersey aku dekat kekasih kau tu."
Berdecit Jaera mendengar kata- kata adiknya. Tidak pasal- pasal dia kena minta balik pada Jaemin. Malunya!
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
Fanfiction⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...