Berdiri di hadapan rumah Jaera, Jaemin tidak sabar ingin buat kejutan pada gadis itu.
Melihat pintu rumah terbuka dari dalam, terus Jaemin berdiri tegak. Derepan kaki Jaera semakin menghampirinya.
Jaera datang mendekatinya dengan senyuman tidak lekang dari bibir. Lega hati Jaemin melihat senyuman itu pagi ini. Mujurlah malam tadi semuanya sudah selesai. Masing- masing meluahkan rasa di hati.
Mencapai tangan Jaemin, jaera mengusapnya.
"kenapa?" Soal Jaemin melihat Jaera bermain dengan tangannya.
"Saja nak pegang. Haritu awak nak pegang saya asyik tepis. Tapi harini saya akan pastikan awak tak lepas dari pegangan saya."
Tersengih Jaemin dengan aksi manja teman wanitanya.
"Jom..."
"Sekejap." Langkah jaemin terhenti. Pandang wajah Jaera, dahinya berkerut seakan bertanya kenapa.
"kenapa harini awak pakai suit kerja. Awak kerja lepasni?"
Jaemin sembunyi senyum.
"haah saya ada kerja harini. Sekali seumur hidup saya kena buat."
Jaera sudah menjungkit kening sebelah kanan minta penjelasan.
"nanti awak akan tahu."
Agak- agak kejutan apa tu?
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
Fanfiction⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...