22

211 40 1
                                    

Rasa nak rebah sahaja tubuh Jaera melihat Jimin yang berdiri dihadapannya.

Jaemin menoleh memandangnya.

"Kau buat apa dekat sini?" jaera menyoal. Boleh pula mereka terserempak di panggung wayang.

"Tu..." Jimin menunjukkan kearah kawan sepasukannya.

"Kita orang baru habis match tadi. Ni, juara." Tangannya mengeluarkan pingat juara dari begnya.

"kau buat apa dekat sini?" menyoal si kakak, mata melirik memandang Jaemin disebelah.

"Jaemin." Jaemin menghulurkan tangan memperkenalkan dirinya.

Jimin mengangguk kepalanya, baru dia tahu lelaki disebelah jaera adalah Jaemin, pemilik baju jersey yang pernah Jaera salah bagi padanya.

"Kim Jimin." Tangan menyambut huluran Jaemin.

"Err aku masuk dulu. Movie kita orang dah nak start." Ujar Jimin apabila nombor bilik panggungnya sudah menyala.

"Okay." Jaera senyum nipis. Hati mula tidak tenteram.

Baru Jimin ingin melangkah, namanya dipanggil. Menoleh, dia memandang Jaera.

"Kau jangan bocorkan rahsia tau."

Jaemin memandang pelik pada adik beradik itu. Apa yang dimaksudkan dengan rahsia yang dikatakan Jaera.

"tengoklah..." Jimin menjawab dengan senyuman melebar dibibir.

[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)Where stories live. Discover now