Dari jauh Jaemin nampak Jaera yang sedang berjalan keluar dari cafeteria. Segera dilajukan langkahnya tidak mahu kehilangan jejak gadis itu.
"Jaera!"
Terhenti langkah Jaera mendengar namanya dijerit. Jantungnya tidak semena- mena berentak laju apabila suara itu cukup dia kenalinya.
"Jaera." Namanya dipanggil lagi.
Menoleh ke belakang, matanya bertembung dengan sepasang mata redup Jaemin.
Jaemin terpandangkan rantai yang terkalung di leher gadis itu. Cantik. Sesuai sangat dengan tuan yang memakainya.
"Err..." Rasa mahu ditampar sahaja mulutnya. Ketika berhadapan dengan Jaera entah kenapa mulutnya seakan tidak mampu berbicara.
Cool down, Jaemin.
"Rantai ni... Awak bagi?" Jaera bersuara apabila keadaan antara mereka tadi sepi.
"Err ya." Laju kepalanya dianggukkan.
"Terima kasih." Ikhlas ucapan itu meniti dibibir Jaera.
"Betul ke awak suka saya?"
"Hah?" Kelu lidah Jaemin tidak tahu bagaimana mahu membalas.
"Saya pun sebenarnya suka awak." Terus Jaera meninggalkan dia sendiri dengan wajah bertambah kelu.
Dia tak salah dengarkan?
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
Fanfiction⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...