Cahaya matahari yang masuk ke ruangan biliknya menyedarkan lena Jaera. Dahinya berkerut.
Perlahan- lahan matanya dibuka. Kepala menoleh ke kiri dan kanan apabila melihat kelainan di tempat tidurnya. Rasanya semalam dia berada di ruang tamu.
Jaera bangun dari pembaringannya. Beg bagasinya dibuka, luas matanya melihat beg yang sudah kosong.
"Sayang." Teguran Jaemin di muka pintu menyentakkannya. Terus Jaera mendapatkan jaemin lalu memeluknya erat.
"Awak ke yang bawa saya masuk bilik."
Jaemin menganggukkan kepalanya.
"Lama sayang tidur. Penat sangat ya." Jaemin jarakkan wajah mereka. mata isterinya ditatap.
"Penat sikit." Jaera sengih. "Awak..."
Jaemin menggumam halus.
"Nampak tak barang- barang dalam bagasi saya."
"saya dah kemas semuanya. Baju ada dalam almari, skincare dan makeup awak ada atas tu." jari menunding kearah meja solek.
"Barang mandian saya dah susun dalam bilik air." Sambungnya.
Jaera tersenyum. Bibir mengucapkan terima kasih sebelum dia mencium sekilas bibir suaminya.
"Pergi mandi, saya dah siapkan breakfast. Nanti kita makan sama- sama." Jaemin lepaskan tangan jaera yang memeluk pinggangnya. Tubuh Jaera ditolak ke bilik air di dalam bilik mereka.
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
Fanfiction⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...