Bukunya yang sudah siap baca diletakkan ketepi. Jaera bangun dari duduknya untuk ke dapur mengambil air. Air yang dibawanya tadi sebelum mengulang kaji tadi sudah habis diminumnya.
Turun ke bawah, lampu semua sudah ditutup. Omma dan appa sudah lama masuk tidur. Dia pula masih berjaga memandangkan esok ada ujian.
Petik suis lampu, terkejut Jaera melihat 'jelmaan' dihadapannya. Hampir sahaja mulutnya tercarut yang bukan- bukan.
"Kau buat apa dekat sini?"
"Ni. Tak nampak?" Jimin menunjukkan gelasnya ditangan.
"Bukalah lampu. Terkejut aku." Kaki melangkah ke peti ais. Capai kotak jus oren lalu dituangkan kedalam gelasnya. Kemudian, duduknya dilabuhkan dihadapan adiknya.
Jimin melihat wajah Jaera sebelum matanya jatuh memandang rantai yang terkalung di leher kakaknya.
"Kau tengah bercinta ke kak?"
Tersedak Jaera mendengar soalan mengejut Jimin.
"Mana kau tahu?"
"Tu... Rantai kau pakai." Bibirnya dimuncungkan ke rantai yang terukir nama Jaera.
Jaera memegang rantai di lehernya. Seketika wajah Jimin dipandang.
"Kau jangan beritahu omma appa tau."
"Kenapa? Takut kantoi?"
"Tolonglah..." Jaera separuh merayu. Dia tidak mahu hubungannya diketahui orangtuanya. Risau kalau tiba- tiba mereka tidak bersetuju.
"Tengoklah macam mana. Kalau kau..." Jimin keluarkan telefonnya lalu menunjukkan sesuatu kepada Jaera.
"Belanja aku jersey ni akan aku pertimbangkan." Ujarnya dengan sengihan dibibir.
Tidak semena-mena tangan Jaera naik mengetuk kepala Jimin. Suka menggugut. Geram betul!
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
Fanfiction⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...