Masukkan kata kekunci rumah yang diberi suaminya, Jaera melangkah masuk kedalam ruangan rumah. Bagasinya ditarik lalu diletakkan ketepi. Mata terpegun dengan dekorasi di dalam rumah suaminya.
Jaera labuhkan duduk di sofa. Kepalanya disandarkan. Keluhan nipis terlepas.
Perjalanan seorang diri yang sangat memenatkan. Matanya dipejam seketika. Tahu- tahu dia sudah terlelap disitu.
Terasa kulitnya wajahnya diusap. Jaera rasa terganggu dengan sentuhan lembut di mukanya.
"Erghhhh..." Ditepis benda yang menganggu wajahnya. Sudahlah dia masih terasa penat.
Tersengih Jaemin melihat wajah isterinya berkerut- kerut apabila diganggu. Menatap wajah isterinya di rumah, hilang terus rasa risaunya tadi.
Walaupun dia sudah arahkan seseorang untuk menghantar isterinya ke rumah, ada juga terselit rasa risau apabila Jaera langsung tidak menghubungi setibanya di rumah.
Melihat isterinya yang langsung tidak terkesan dengan usikannya, jaemin terus mengangkat tubuh Jaera masuk kedalam biliknya. Diletakkan isterinya di atas katil lalu diselimutkan separuh tubuh itu.
Membiarkan isterinya tidur, Jaemin terus membersihkan dirinya. Beg Jaera yang berada di tepi pintu dibawa masuk kedalam biliknya.
Setelah itu, dia terus berbaring di samping isterinya. Tangan kanannya diletakkan dibawa kepala isterinya lalu tangan kirinya memeluk erat tubuh isterinya. Dahi Jaera dibawa dagunya dicium lama.
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
Fanfiction⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...