Berkerut dahi Jaera memandang kotak berbalut kemas diletakkan diatas mejanya. Mendongak pandang memandang Yerin meminta penjelasan.
Yerin yang faham maksud renungan kawannya itu terus membuka mulutnya memberitahu.
"Oppa hot university kita bagi."
"Hah?"
"Jaemin."
"What! Betulkah?"
Yerin mengangguk kepalanya sebelum mengambil tempat duduk disebelah Jaera.
"Tak sangkakan cinta kau sebenarnya berbalas dalam diam."
"Apa maksud kau?"
"Jaera kau ni sengaja buat-buat tak faham ke?" Menjuling mata Yerin keatas. Jaera budak pandai dekat universiti tetapi blur tentang cinta.
"Betulkah dia sukakan aku?"
"Kau yang cakap dia selalu ikut kau. Ni hadiah ni..." Tangan ditunding pada kotak berbalut milik Jaera.
"Mesti ada sebab dia bagi ni. Dia suka kau sebenarnya."
Mulalah hati Jaera kembang mengumcup jika itu kenyataan yang sebenarnya.
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
Fanfiction⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...