12

265 56 1
                                    

Dari cafeteria, Jaera sudah nampak kelibat Jaemin yang baru sahaja keluar dari dewan kuliah. Segera dia menjejaki lelaki itu. Mujurlah tadi dia keluar awal dari perpustakaan. Sempat dia mengisi perut yang kosong.

Jaemin menangkat wajahnya apabila bahunya disenggol dari tepi. Keningnya dinaikkan bertanya kenapa kepada Jeno.

"Kau punya buah hati tu." Jeno memuncungkan bibirnya kearah Jaera yang sedang berdiri di tepi tangga.

Segera Jaemin mencari kelibat gadis itu. Apabila matanya saling bersambung dengan Jaera, senyuman dia tidak semena- mena terukir.

"Aku pergi dulu. Nampak gayanya petang ni cancel lah kan." Jeno mengingatkan kembali janji mereka untuk bermain bola keranjang pada waktu petang.

"Jadi. Tapi bagi aku lepaskan rindu dekat buah hati aku dulu." Ujarnya berbisik.

Menjuling mata Jeno mendengarnya. Macam dia seorang sahaja yang ada kekasih, perilnya di dalam hati. Dia terus mengatur langkah pergi meninggalkan kawannya itu.

"Hai." Jaemin menyapa.

"Hai."

"Kau nak jumpa aku ke?" Soalan jenis apa yang dia tanya pun dia tak pasti. Tapi apa yang dia rasa dia masih kekok bersama gadis itu.

Jaera menganggukkan kepalanya. Sebenarnya ada sesuatu yang ingin dia berikan. Tangannya menyeluk kedalam begnya lalu barang tersebut diberikan kepada lelaki itu.

"Apa ni?" Jaemin menyoal. Tangan membelek pemberian Jaera.

"Awak tengok balik nanti."


Terima kasih semua yang sudi menunggu! Jangan lupa vote & comment okiess.

[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)Where stories live. Discover now