Baru satu jam yang lepas, Jaera selamat menjadi isteri kepada Jaemin. Dengan usia yang masih muda, mungkin orang akan cakap terlalu awal untuk pernikahannya. Tetapi sebenarnya sejak habis belajar di universiti lagi dia sudah bersedia untuk menjadi isteri seorang lelaki yang dia cinta. Dan lelaki itu adalah Jaemin.
Terkejut Jaera apabila ada tiupan hangat di tepi telinga.
"Ingatkan siapa tu?"
Pandang Jaemin, tangannya naik mengusap wajah kacak suaminya.
"Teringatkan suami saya."
Tergelak halus Jaemin. Seketika, bibirnya melekap di bibir Jaera. Tersipu malu Jaera dengan sentuhan di bibirnya. Bukan tidak pernah, cuma ciuman selepas berkahwin ini terasa lain.
"Saya rasa macam masih bermimpi lagi." Ujar Jaera, tangan terus memeluk pinggang Jaemin.
"Nak saya cium lagi ke baru bangun dari mimpi lena awak."
Jaera mendongak memandang wajah Jaemin yang masih dalam pelukannya. Dia tersengih nakal.
Baru sahaja Jaemin nak dekat mencium bibirnya sekali, teguran seseorang menyentakkan mereka. serentak mata mereka beralih pada Jimin yang tidak jauh darinya.
"Hee sorry!" Jimin yang berdiri disebalik dinding tersengih. Sengaja dia mahu mengenakan kakaknya.
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
फैनफिक्शन⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...