"Kim Jaera!"
Langkah gadis itu terhenti. Jaera menoleh memandangnya dengan kening dijungkit sebelah.
"Yes"
"Betul ke awak suka saya?" Kemam bibir, dia berharap jawapan Jaera sama seperti yang didengarnya tadi.
Jaera mengangguk kepalanya tanpa suara. Entah kenapa dia rasakan muka dia dah merah sekarang ini. Dia bukan biasa berkawan dengan lelaki. Tetapi dengan Jaemin dia mudah tertarik dengan lelaki itu walaupun pelajar di kampus mengatakan dia seorang yang sombong.
"Saya perlukan jawapan dari mulut awak." Akhirnya lancar juga dia bersuara.
"Saya dah bagi jawapan tadi.
"But I want to hear it again. Please."
Jaera memandang sekeliling. Mujurlah laluan yang mereka berada sekarang bukan tempat pelajar lalu.
"Saya sukakan awak. Awak tak bertepuk sebelah tangan Na Jaemin."
Melebar senyuman pada wajah sombong Jaemin.
"Thank you Jaera."
Jaera sekadar tersenyum membalasnya.
"Ada lagi? Saya ada kelas sekarang ni." Jaera menunjukkan jam di tangannya. Sepuluh minit lagi sesi kuliahnya akan bermula. Risau dia jika terlewat masuk ke dalam kelas.
Jaemin memikir sebelum kepalanya menggeleng.
"Okay then. Saya masuk kelas dulu." Jaera berura- ura ingin menapak pergi tetapi sempat dia katakan sesuatu pada Jaemin.
"Awak tak nak nombor telefon saya?"
"Nak!" Laju Jaemin menjawab teruja apabila Jaera ingin memberikan nombor telefonnya. Senang dia menghubungi gadis itu dengan lebih dekat.
"DM saya dekat instagram. Habis kelas saya bagi. Bye!" Jaera terus berlalu meninggalkan Jaemin yang seakan-akan terpinga. Rasa macam tak percaya dia sebenarnya.
"Hati-hati Jaera!"
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
Fanfiction⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...