4

319 60 1
                                    

Sampai sahaja rumah Jaera terus berlari naik ke biliknya. Sehinggakan panggilan omma yang menjemput dia makan tengahari langsung tidak diendahkan.

"Kenapa dengan Jaera tu tersenyum-senyum?" Soal omma kepada si anak bongsu.

Jimin menggeleng kepalanya tidak tahu. Malas nak ambil tahu dia sambung menikmati makanannya.

Di bilik Jaera duduk diatas katil. Ditatap kotak yang diletakkan diatas tilam. Berdebar-debar rasa hatinya mahu melihat isi didalam kotak itu.

"Agak-agak apa dia bagi?" Mulalah otak membayangkan hadiah yang bakal diterimanya.

Dengan penuh cermat dia koyakkan berhati-hati pembalut hadiah. Kalau boleh pembalut hadiah pun dia rasa nak simpan. Semua berkaitan Jaemin dia nak ada bersamanya.

Buka kotak sederhana besar itu, ternganga mulut Jaera memandang isi hadiah yang diterimanya.

"Serius ke ni?" Mulut menekup dengan tapak tangan penuh rasa tidak percaya.

Entah kenapa tangan dia terus menggigil ingin memegang kotak baldu berbentuk hati itu. Didalamnya ada seutas rantai leher yang diukir namanya.

"Kenapa dia membazir hadiahkan rantai ni?" Mulalah hati Jaera tertanya- tanya. Tetapi separuh hatinya melonjak kegembiraan menerima hadiah pemberian Jaemin.

[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)Where stories live. Discover now