12 bulan kemudian,
Sejambak bunga ros yang dihiasi coklat dikelilingnya dihulurkan kepada Jaera.
Jaera tersenyum mengambil hadiah daripada Jaemin. Hidungnya didekatkan pada bunga ros kesukannya. Wangi!
"Thank you awak." Mencapai tangan Jaemin, dilabuhkan ciuman di atas tangan kekar itu. Melorek senyuman di bibir Jaemin melihat aksi berani kekasihnya.
Hari ini merupakan hari graduasi Jaera. Jaemin pula sudah 8 bulan yang lepas menamatkan pengajiannya di universiti. Sekarang, lelaki itu bekerja di sebuah syarikat di bandar.
"Ehemmmm!" Deheman kuat seseorang menyentakkan kedua mereka. Serentak, tubuh dipusing menghadap pada orang yang berdehem itu. Terlepas tangan jaemin dari pegangannya melihatkan tiga tubuh yang berdiri tegak dihadapannya.
"Perkenalkan omma appa, Na Jaemin. Kekasih hati anak dara omma appa." Terbeliak jaera mendengar ayat yang keluar dari mulut Jimin.
Jaemin pula nampak tenang disisinya. Tubuhnya menunduk separa dihadapan kedua ibu bapanya.
Jaera pula yang tak senang duduk sebab rahsia yang disimpan hampir setahun mula bocor. Dia dapat panggilan dari Jimin yang mereka baru bertolak dari rumah. Jadi dia rasa sempat sahaja nak 'dating' bersama Jaemin sekejap, rupanya... dia dibohong rupanya.
"Dah berapa lama bercinta?" Soal appa dengan wajah tegasnya. Sejak dulu, appa sangat berkeras jika anak- anaknya ada hubungan di luar. Jadi sehingga umur dia 22 tahun dia masih risau jika appa dan omma memarahi apabila mendapati anaknya sedang bercinta. Lagi- lagi dalam tempoh sedang belajar.
"Err setahun pakcik." Jaemin membuka mulut memberi jawapan.
Jaera pula berdiri disisi dengan bibir dikemam.
"Jae kenapa muka macam tu." Omma menegur apabila lengannya disenggol appa.
Mendengar teguran omma, terus wajah diangkat memandang wajah orang tuanya. Kepala mula memikir ayat.
"Sorry... sebab Jae..."
"Appa omma tak marah pun. Asalkan kamu berdua pandai jaga diri." Mendengar ayat yang keluar dari mulut appa, terus sahaja perasaan resah yang berselubung didalam diri terbang begitu sahaja.
"Jom ambil gambar buat kenangan. Lepasni kita pergi makan dekat luar. Jaemin pun ikut sekali ya." Tutur omma mempelawa.
Sekilas Jaemin memandang wajah Jaera seolah tidak percaya sebelum kembali memandang omma dengan anggukan dikepala.
YOU ARE READING
[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)
Fanfic⚠️ Jangan risau fanfic kalini banyak manis ajee. Cinta pandang pertama. Jujur hati Jaemin menaruh cinta terhadap gadis manis dan sopan itu. Setiap kelakuan gadis cantik itu mampu mencairkan hatinya. Kim Jaera. Hanya dengan nama sahaja, wajah beku...